April 17, 2024

Search
Close this search box.

Kursus Penilai APEL Bantu Pergiatkan kemasukan pelajar ke UTM

Penilaian pengalaman terdahulu melalui APEL adalah salah satu cabang kemasukan alternatif ke universiti.

UTM melalui Unit Pusat Penilaian APEL (PPA) UTM telah menyediakan kaedah bagi calon-calon yang ingin memasuki UTM menggunakan kaedah kemasukan APEL.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh PPA UTM bagi meningkatkan kemasukan pelajar ke UTM melalui kaedah APEL.

Salah satunya ialah dengan meningkatkan bilangan penilai APEL memalui bengkel penilai APEL.

Pusat Penilaian APEL UTM telah dengan jayanya melaksanakan Bengkel Penilai APEL pada 19 April 2019 di UTM Kuala Lumpur.

Bengkel ini disasarkan kepada staf UTM yang akan menjadi penilai kepada pemohon-pemohon penilaian APEL yang dijangka akan bertambah dalam masa terdekat ini.

Sejak penubuhan Pusat Penilaian APEL UTM pada November 2018, ini merupakan bengkel penilai APEL yang pertama dijalankan dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta.

Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Andy Teik Kooi Liew yang merupakan pakar APEL dari Wawasan Open Universiti dengan kerjasama Jabatan Latihan MQA.

Penerangan yang disampaikan telah dapat merungkai dengan jelas proses-proses yang perlu dilalui oleh penilai bagi penilaian APEL dan kaedah penilaian yang perlu dilakukan.

Bengkel yang dijalankan selama satu hari ini telah menerangkan dengan jelas ketiga-tiga instrumen yang digunakan di dalam penilaian APEL iaitu ujian aptitud, portfolio dan temuduga.

Dengan selesainya bengkel ini diharap para penilai APEL dapat menyumbang tenaga menjadi penilai APEL seterusnya dapat melancarkan proses penilaian APEL di masa akan datang.

home

Explore More