April 26, 2024

Search
Close this search box.

Jabatan Sains Matematik, FS UTM Raikan Persaraan Dato’ Prof. Dr. Mohd Ismail

JOHOR BAHRU, 30 Apr. — Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraikan persaraan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBhg Dato’ Prof. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz dalam satu majlis pada 29 April 2019.

Dato’ Prof. Dr. Mohd Ismail mula bersara pada 29 April 2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dato’ Ismail merupakan staf Jabatan Sains Matematik sejak tahun 1983 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM sepanjang perkhidmatan beliau di UTM.

Warga Jabatan Sains Matematik amat berbesar hati atas kesudian Dato’ Ismail atas kesudian hadir ke Fakulti Sains untuk bersama-sama dengan staf jabatan tersebut.

Turut meraikan persaraan tersebut ialah Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Fadhilah Yusof dan juga beberapa ahli pengurusan Fakulti Sains yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

Jabatan Sains Matematik khususnya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan budi Dato’ Ismail sepanjang menjadi warga jabatan.

Semoga Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti dan memanfaatkan waktu persaraan.

Selamat maju jaya diucapkan.

“Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi..”

Explore More