November 22, 2024

Search
Close this search box.

ICA UTM Pagoh Kongsi llmu Hasil Baja Organik dari Sisa Makanan kepada Warga HPSF Muar

PAGOH, 23 Apr. —  Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA) UTM Pagoh yang diketuai oleh Pegawai Penyelidik, Dr. Aidee Kamal bin Khamis telah dijemput sebagai penceramah ‘Bengkel Sisa Makanan Untuk Penghasilan Baja Organik’  di Jabatan Dietatik & Sajian Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Johor.

Bengkel ini melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada Pegawai Dietatik, Penolong Pegawai Dietatik, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Penyelia Asrama dan Tukang Masak Hospital serta dihadiri dan mendapat sokongan daripada Pegawai Pertanian Daerah Muar, En Rosdin bin Kimin.

Umum mengetahui, masalah lambakan sisa makanan di Malaysia yang memerlukan penyelesaian berpanjangan.

Ini juga turut berlaku di HPSF, di mana pihak kontraktor perlu melupuskan hampir beratus-ratus kilogram sisa makanan.

Sehubungan itu, ICA UTM Pagoh diminta berkongsi kepakaran tentang teknik pembuatan baja organik hasil daripada sisa makanan hospital ini.

Dalam program ini, Dr. Aidee Kamal  telah memberi penerangan ringkas berkaitan pengenalan dan teori-teori asas teknologi kompos dan baja organik kepada semua peserta yang terlibat.

Kemudian, sesi demonstrasi dilaksanakan dengan menunjukkan kaedah yang sesuai dan mudah untuk menguruskan sisa makanan di hospital tersebut yang boleh dijadikan baja organik.

Melalui bengkel, diharapkan pemindahan ilmu dan kepakaran dari penyelidik UTM dapat diaplikasikan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk penyelesaian kepada lambakan sisa makanan mereka.

ICA UTM Pagoh juga mengalu-alukan organisasi-organisasi lain untuk menjemput kami untuk program seumpana ini.

Dengan teknik yang mudah dan praktikal ini, semua golongan masyarakat boleh menjadikan ia sebagai suatu amalan sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.

Visit ICA UTM Pagoh website at pagoh.utm.my

Explore More