Penggunaan teknologi Microorganisma Effektif (EM) telah menjadi sumber utama yang digunakan oleh pekebun dan peladang yang mengusahakan tanaman sayur dan buah-buahan di serata dunia.
Teknologi mikrob yang diasaskan oleh Dr. Teruo Higa pada 1982 ini juga terkenal penggunannya di kalangan petani berasaskan organik di Malaysia.
Di kala ini, teknologi EM bukan hanya digunakan untuk pertanian, tapi telah mula digunakan untuk merawat air yang tercemar, merawat tapak pelupusan sampah dan merawat longkang dan tasik tercemar.
Sehubungan itu, Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh dan Zenxin Agriculture Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan untuk mencapai sistem tertutup “closed loop system” di Yong Peng Lucky Garden (YPLG) dengan menubuhkan pusat kitar semula sisa dapur dan ladang bersepadu.
Kerjasama mereka dengan EMRO Malaysia Sdn. Bhd. juga telah mengaplikasikan teknologi EM terhadap masalah pencemaran lalat dan bau busuk dari tong sampah dan tandas awam di Medan Selera Yong Peng Lucky Garden (YPLG), sebuah pusat perhentian bas domestik dan bas pelancong di bandar Yong Peng, Johor.
Di Medan Selera YPLG, aplikasi teknologi EM telah digunakan untuk kerja-kerja mengelap meja makan, pembersihan di tandas awam dan keseluruhan lantai kawasan berkenaan.
Hasilnya, masalah lalat, bau amonia dan busuk dapat dikawal dan pihak pengurusan YPLG.
Di samping itu, hasil kajian penyelidik ICA UTM Pagoh telah berjaya menghasilkan prototaip detergent pencuci pinggan dengan EM teknologi dan sisa buah-buahan yang dijana oleh YPLG.
Dalam masa terdekat, EM fermentasi sisa buah-buahan ekstrak pencuci pinggan akan dihasilkan dalam skala yang lebih besar di YPLG dan ekstrak pencuci pinggan akan digunakan di YPLG secara menyeluruh.
Sila layari laman web ICA UTM Pagoh di pautan ini >>> pagoh.utm.my