April 20, 2024

Search
Close this search box.

HPT Pagoh Anjur Jom Baca Bersama 10 Minit Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

PAGOH, 25 Apr. — Majlis Perasmian Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah diadakan di Perpustakaan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi (HPT) Pagoh.

Program hasil anjuran bersama Perpustakaan Gunasama HPT Pagoh, Perpustakaan UTM Pagoh, Pusat Sumber UIA Pagoh, Pusat Sumber PTSN dan Pusat Sumber UTHM Pagoh ini telah diadakan pada 24 April 2019 bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.15 tengah hari.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah, Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Puan Hajah Noraida bt Attan.

Majlis perasmian bermula pada jam 10.30 pagi, seterusnya program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.

Turut diadakan ialah sesi Read & Relax pada jam 11.15 pagi sehingga 12.15 tengah hari.

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini mensasarkan seluruh rakyat Malaysia di mana ianya diadakan secara serentak di seluruh negara dan diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sesi Read & Relax telah disertai oleh 4 orang panel yang terdiri daripada Puan Hajah Noraida bt Attan dengan buku beliau bertajuk Pantun & Bahasa Indah: Jendela Budaya Melayu.

Panel kedua ialah En. Mustaffa Kamal bin Mat Saim, Penolong Pengarah Kanan, Perpustakaan Gunasama yang mengulas buku bertajuk Travelog Haji di Tanah Haram.

Panel ketiga dengan buku bertajuk Pelan-Pelan Kayuh telah diulas oleh pensyarah PTSN, Puan Akhmaliah bt Abd Rahim.

Sesi Read & Relax ini telah diakhiri dengan ulasan terakhir oleh Puan Farha bt Muhammad, juga merupakan pensyarah PTSN dengan buku bertajuk Nabi Adam & Orang Melayu, 60,000 Tahun Lalu.

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini!

#Malaysiamembaca
#Read@Uni
#Read@UTM

Explore More