April 25, 2024

Search
Close this search box.

‘ETHICS & PROFESSIONAL OF LADs 2019’ anjuran FABU ke arah meningkatkan keterlibatan industri

JOHOR BAHRU, 5 Mei — Pada 3 & 4 Mei 2019 yang lalu Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah menganjurkan program “ETHICS & PROFESSIONAL OF LADs” yang melibatkan perkongsian pengalaman bersama pihak industri yang bertujuan agar pihak industri dapat memberi input kepada para pelajar dalam persediaan menghadapi dunia pekerjaan.

Objektif program adalah untuk mengeratkan kerjasama pihak fakulti dan Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah bersama industri, membuka peluang kerjasama di antara pihak fakulti dan industri, memberi pendedahan kepada pelajar dalam menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan kelak dan perkongsian ilmu pihak industri bersama pelajar-pelajar.

Program ini disertai oleh pelajar-pelajar prasiswazah Tahun 4 Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Cik Syuhadah Bahari yang merupakan Timbalan Pendaftar di Pejabat Tanah & Galian Negeri Johor telah memberikan perkongsian mengenai amalan etika dan profesional bagi kerjaya di sektor kerajaan.

Selain itu, Dr. Ainur Zaireen Binti Zainudin memberi perkongsian mengenai alam pekerjaan di sektor swasta. Manakala, Dr. Wan Ibrisam Bin Wan Ismail pula berkongsi pengalaman berkenaan alam pekerjaan disektor kerajaan.

Program ini turut disertai Dr. Norhidayah Binti Md.Yunus selaku penasihat program dan Dr. Aminah Binti Mohsin sebagai pensyarah pengiring.

Besarlah harapan fakulti agar program ini dapat memperkembangkan interaksi antara industri dan universiti, seiring dengan asprisi fakulti untuk meningkatkan keterlibatan industri dalam perlaksanaan program akademik.

Explore More