April 26, 2024

Search
Close this search box.
Penulis Login Iman dan Logout Syaitan

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Apr. —  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) telah berlangsung dari 29 Mac – 7 April 2019 di Putra World Trade Centre (PWTC) dan merupakan pesta buku tahunan terbesar di Malaysia.

Antara acara menarik pada PBAKL 2019 tersebut termasuklah Ruang Rehat dan Baca yang diadakan di Bilik Mawar, Aras 2, PWTC.

Ruang Rehat dan Baca adalah ruang santai untuk para pengunjung PBAKL 2019 menikmati bahan bacaan sendiri mahupun bahan bacaan yang diwacanakan.

Menariknya Ruang Rehat dan Baca kali ini telah dimeriahkan dengan bicara buku oleh Pensyarah Kanan Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Dr. Zulkifli Khair iaitu Login Iman dan Logout Syaitan.

Karya terbaharu beliau ini merupakan buku motivasi Islamik kontemporari, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Selain itu, Dr. Zulkifli juga memeriahkan majlis dengan mengendalikan kuiz Kahoot! untuk para pengunjung di mana dua peserta dengan markah tertingi telah menerima hadiah istimewa.

Login Iman dan Logout Syaitan masing-masing adalah penjenamaan baharu kepada karya sebelum ini, Online dengan Tuhan (2009) dan Offline dengan Syaitan (2010).

Offline dengan Syaitan misalnya pernah menjadi karya terlaris PTS dan MPH Bookstore.

Dua karya terbitan 2018 ini pernah diwacanakan di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia.

Ia boleh didapati di kedai-kedai buku terkenal seperti MPH Bookstore dan Kinokuniya, serta boleh dibeli secara atas talian menerusi  https://pts.com.my

Selain itu slot tersebut turut dimeriahkan oleh penulis-penulis mapan dan baharu seperti SN Datuk Dr. Zurinah Hassan, Ramlee Awang Murshid, Normi Nas (penulis buku Travelog), Azura Halid (penulis dan editor DBP) dan Ron Sharkimme (penulis buku remaja).

Interaksi bersama pengunjung dengan kuiz Kahoot!

 

Dr. Zulkifli bersama karya-karya beliau

Explore More