April 25, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Sebuah majlis perkongsian ilmu bertajuk “How to Publish in High Impact Journals” anjuran Kumpulan Penyelidikan Royal Belum-Temenggor (RB-T) telah diadakan dengan sokongan pihak Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), UTM Kuala Lumpur.

Majlis dilangsungkan di Dewan Seminar, Anjung Menara Razak, UTMKL dan dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan RB-T, Dr. Khairul Hisyam Kamarudin dan ucapan aluan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni FTIR, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Kama.

Sesi perkongsian kemudiannya disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Nanthakumar Loganathan yang merupakan pensyarah di Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM yang juga merupakan penerima anugerah UTM-SHINE bagi tahun 2017 dan 2018.

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik fakulti, pelajar lepas ijazah dan penyelidik telah menghadiri sesi perkongsian ilmu ini.

Seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik FTIR, pelajar lepas ijazah dan penyelidik telah menghadiri sesi perkongsian ilmu ini dimana Dr Nanthakumar telah berkongsi kaedah serta “resepi kejayaan” untuk menulis dan menerbitkan jurnal berkualiti dengan fokus penerbitan di Q1 dan Q2.

Secara amnya, perbincangan menumpu kepada tiga peringkat utama dalam penulisan termasuklah Peringkat 1 (pembangunan idea, pengumpulan bahan rujukan dan material untuk penulisan); Peringkat 2 (penulisan dan penghasilan deraf dengan berpandukan format dan keperluan pihak jurnal dan membincangkan aspek metodologi dan dapatan kajian) dan; Peringkat 3 (penggabungan kesemua seksyen untuk membantuk sebuah jurnal, prosess pembacaan pruf dan serahan manuskrip).

Tujuan penganjuran sesi perkongsian ilmu Siri 1 ini adalah bertujuan menyediakan platform formal untuk perbincangan ilmiah berkaitan penulisan dan penerbitan di jurnal bertaraf Q1 dan Q2, serta menerusi interaksi bersama penceramah jemputan, para peserta diharap akan dapat mempertingkatkan kefahaman dan keyakinan untuk menulis dan menerbitkan hasil penyelidikan di jurnal bertaraf Q1 dan Q2.

Pihak penganjur juga berharap menerusi perkongsian ilmu dan pengalaman yang dijalankan, staf akademik fakulti dan pelajar lepas ijazah yang terlibat akan berupaya menerapkan strategi-strategi yang bersesuaian bagi meningkatkan peluang penerbitan  ke jurnal bertaraf Q1 dan Q2 terutama bagi tahun 2019 dan 2020.

Pihak penganjur amat berterima kasih kepada pihak fakulti yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada kumpulan penyelidikan bagi menganjurkan program sebegini, yang diakhirnya akan membantu membina keupayaan staf dan pelajar dan seterusnya melonjakkan aktiviti penulisan dan penerbitan di jurnal berimpak tinggi di peringkat fakulti dan akhirnya membantu menaikkan pencapaian universiti.

Disediakan oleh:

Dr. Khairul Hisyam Kamarudin

Ketua Kumpulan Penyelidikan Royal Belum-Temenggor

Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM Kuala Lumpur 

Explore More