JOHOR BAHRU, 19 Mac — Bagi merapatkan suasana ukhuwah antara staf di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam menyahut Sinergi UTM 4.0 melalui penggabungan entiti akademik, Akademi Tamadun Islam (ATI) telah menganjurkan Majlis Doa Selamat, Ramah Mesra dan Sarapan Pagi pada 19 Mac 2019 (Selasa) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Surau Akademi Tamadun Islam (ATI)/School of Human Resource Development and Psychology (SHARPS).

Program ini adalah sebahagian dari program Mesra FSSH, satu inisiatif fakulti di mana setiap sekolah mengambil giliran menjadi tuan rumah setiap bulan.

Acara ini turut meraikan kenaikan pangkat bagi beberapa orang staf FSSH yang telah berjaya mendapat pangkat Profesor Madya, sekaligus menunjukkan sifat prihatin warga FSSH, tanpa mengira sekolah.

Sebagai satu langkah menyemarakkan penglibatan fakulti dengan masyarakat setempat, pihak ATI telah menjemput pelajar dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid (MTQSIR) Taman Maju Jaya, Kempas untuk membuat persembahan Qasidah bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Kehadiran tetamu sekitar lapan puluh orang dan majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Prof. Madya Ahmad Kilani bin Mohamed, dan ditambah dengan permintaan dari Dr Abdullah Mohd Nawi supaya tetamu yang hadir mendoakan mangsa tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, di mana 50 orang telah terkorban dalam kejadian keganasan yang paling teruk di dalam sejarah NZ, malah di dalam sejarah dunia moden.

Layari web Akademi Tadun Islam, FSSH di: https://humanities.utm.my/islamicacademy/

Persembahan Qasidah di ATI