April 19, 2024

Search
Close this search box.
Pirates

Kemenangan ke-3 Peringkat Kumpulan UTM Pirates RC dalam Kejohanan Ragbi Liga Johor 2019 (JRL 19)

JOHOR BAHRU, 16 Mac — UTM Pirates RC mencatatkan kemenangan ketiga setelah menumpaskan Royal Malaysia Police Rugby Club (RMP RC) dengan keputusan 30 – 10.

Sepak mula pada jam 3.00 petang di Padang Utama (A), UTM Johor Bahru merupakan satu-satunya perlawanan bagi Divisyen 2 JRL 2019 di lokasi tersebut.

Persediaan pasukan telah bermula seawal hari selasa, 12 Mac 2019 kerana RMP RC merupakan antara pasukan yang perlu diberikan perhatian kerana saingan yang ditunjukkan dalam perlawanan minggu lalu ketika menentang Wurawari RC dengan kekalahan tipis 22 – 12.

Tentangan kuat diberikan oleh RMP RC sepanjang 80 minit tempoh perlawanan di mana pemain mereka begitu fokus. Namun, semangat juang yang tinggi untuk memenangkan perlawanan ini yang ditunjukkan oleh pemain – pemain UTM Pirates RC akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mencatat kemenangan menerusi 5 try, 1 conversion dan 1 Sepakan Penalti.

(1 try = 5 mata; 1 conversion = 2 mata; 1 Sepakan Penalti = 3 mata)

Saudara Mohamamad Amirul Asraf Bin Rahman yang merupakan Kapten Pasukan minggu ini menzahirkan rasa syukurnya apabila wisel penamat dibunyikan.

Saudara Asraf turut dibantu oleh Saudara Caphryan Dhanny A/K Gisang sebagai Pack Leader dan Saudara Ammar Bin Ismail sebagai Penolong Kapten Pasukan.

Jurulatih Pasukan, En. Shahriezaniel Salim mengucapkan tahniah kepada para pemain yang telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam perlawanan kali ini.

Secara keseluruhannya, setiap pemain sudah dapat membiasakan diri dengan posisi yang diberikan dan tahu apakah tugasan masing – masing.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kesilapan kecil yang dilakukan dan akan ditambahbaik semasa sesi latihan yang akan bermula pada Ahad, 17 Mac 2019.

Keputusan rasmi bagi setiap perlawanan boleh dirujuk pada laman web rasmi JRL 19 seperti pautan berikut: https://ragbionline.com/2019-2/johor-rugby-league/jl-division-2/

Perlawanan UTM Pirates RC yang seterusnya adalah pada 23 Mac 2019 bertempat di Padang Utama (A), UTM Johor Bahru menentang Wurawari RC. Sepak mula adalah pada jam 3.00 petang. Perlawanan ini adalah bagi menentukan juara kumpulan A di mana UTM Pirates RC telahpun layak ke peringkat separuh akhir Divisyen 2 JRL 19.

Laporan: Akmal Ayob

Gambar: Akid Nizar

Pirates

Gambar kenangan pasukan UTM Pirates Rc vs RMP RC pada 16 Mac 2019 di UTM Johor Bahru

Pirates

Sesi memanas badan

Pirates

Sesi taklimat pasukan

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pirates

Pengurus Pasukan, Saudara Khairul Asrie Bin Haridon

Pirates

Moment of silence sebelum sepak mula

Pirates

Rehat separuh masa perlawanan

Pirates

Pirates

Pirates

Sesi rumusan perlawanan

Pirates

Pirates

Pirates

Explore More