April 24, 2024

Search
Close this search box.

CSR Serkat 1

Masyarakat sering terdedah dengan kesan pencemaran alam sekitar yang acapkali berlaku sejak kebelakangan ini.

Oleh yang demikian, masyakarat harus diberi pendedahan mengenai punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ini berlaku dan punca pemanasan global ini berlaku.

Isu pemanasan global merupakan agenda yang perlu diketengahkan kepada masyarakat umum dan ianya tidak terhad kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja.

Pasukan Climate Change, Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan satu program Mitigasi Perubahan Iklim Libatsama Komuniti sejak tahun 2016 yang mengkhususkan kepada masyarakat khususnya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Melalui gabungan pelbagai teknik pembelajaran seperti tayangan video dan permainan berasaskan punca dan kesan pemanasan global, serta kaedah untuk mengurangkan pemanasan global daripada terus berlaku, pelajar-pelajar diberi pendedahan secara hands-on kepada isu ini.

Program yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat Tanjung Piai, Pontian, Johor ini merupakan program ke 12 oleh pasukan Climate Change FABU UTM.

Seramai 125 orang pelajar SRK Sri Serkat dan lebih 10 orang guru terlibat dalam program ini dan dari pihak UTM diketuai oleh Sr Dr. Othman bin Zainon, 3 orang pensyarah dan 17 orang sukarelawan UTM telah menjayakan program kali ini.

Majlis Penutup Program telah disempurnakan oleh Puan Zaiton bin Selamat. Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat Tanjung Piai, Johor.

CSR Serkat 3

CSR Serkat 7

Antara permainan yang dilaksanakan adalah padanan gambar, teka silangkata, dan permainan kitar semula. Semua permainan ini dikaitkan dengan isu semasa berkaitan pemanasan global, dan bagaimana pelajar-pelajar ini mampu menjadi agen kepada pengurangan kesan kepada pemanasan global.

CSR Serkat 5

CSR Serkat 2

Secara keseluruhan, program ini telah mencapai hasrat Pasukan Climate Change UTM yang komited dalam memberi pencerahan dan pendedahan awal mengenai perubahan iklim, astronomi dan teknologi geospatial disesuaikan dengan perkembangan semasa Malaysia.

Dengan kelangsungan program ini dapat memberi impak praktikal kepada pelajar sekolah menengah khususnya dalam pembelajaran sains, teknologi, matematik, teknologi maklumat dan hubungkait fenomena alam dengan kehidupan manusia sejagat.

Fenomena perubahan iklim, penggunaan teknologi semasa dan aplikasi inovasi dalam pengukuran arah kiblat, air pasang besar, gerhana matahari, supermoon yang berlaku telah diterapkan secara langsung kepada para pelajar dan komuniti setempat secara praktikal.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Sr Dr. Othman bin Zainon (othmanz.kl@utm.my )

Fakulti Alam Bina dan Ukur

Universiti Teknologi Malaysia

Explore More