Disember 27, 2024

Bengkel Penulisan Buku Terbitan DBP : Pengisian Secara Santai Dan Penuh Input

Bengkel Penulisan Buku Terbitan DBP telah berlangsung pada 22 dan 23 Januari 2019 yang lalu.

Bengkel ini merupakan satu program anjuran Integrity and Good Governance Research Group, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada peserta bagi meningkatkan kualiti penulisan akademik yang boleh diterbitkan oleh penerbit berprestij.

Dengan pendekatan santai tetapi penuh input, bengkel ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

Pendedahan mengenai kaedah yang efektif dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti menjadikan bengkel ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada pelajar dan staf utm, malahan warga luar UTM.

Kehadiran penceramah dan fasilitator berpengalaman seperti Tuan Mohd Riduwan Wahab iaitu Editor Kanan Buku Umum Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur turut menambah tarikan bengkel ini.

Banyak ilmu dan tips telah dikongsikan oleh penceramah dan fasilitator dalam penyediaan manuskrip untuk diterbitkan oleh DBP.

Antaranya adalah tips-tips dalam menyediakan kertas cadangan dan manuskrip bagi penulisan dan penerbitan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah mahupupun buku umum.

Bengkel ini juga menyelitkan satu forum santai yang bertajuk “Tulis Sampai Siap”.

Forum ini menampilkan ahli-ahli panel yang berpengalaman dalam penulisan ilmiah termasuk Tuan Mohd Riduwan Wahab di samping Prof. Madya Dr. Kassim Thukiman dan Dr. Zulkifli Khair.

Perkongsian daripada ahli-ahli panel ini berkenaan pengalaman penulisan dan penerbitan mereka telah memberi inspirasi kepada para peserta.

Secara keselurahannya, bengkel penulisan yang berlangsung selama satu setengah hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta.

Para beserta berasa puas hati dengan pengisian yang diberikan sepanjang bengkel ini berlangsung.

Explore More