April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM raih tempat ketiga dalam Global Youth Entrepreneur Challenge Camp (GYECC) 2019

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Tiga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah ketiga dalan Global Youth Entrepreneur Challenge Camp (GYECC) dengan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 berserta sijil.

Tiga pelajar tersebut ialah pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan iaitu Tong Xin Jo (Sekolah Kejuruteraan Awam), Ng Ting Sheng (Sekolah Kejuruteraan Mekanikal) dan Oscar Ling Fang Jack (Sekolah Kejuruteraan Elektrik).

Penglibatan ketiga-tiga pelajar tersebut menerusi Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) tidak hanya membuka sebuah paradigma baharu untuk mereka memahirkan diri dengan ilmu keusahawanan bahkan mereka juga dibimbing untuk mendalami ilmu kepimpinan serta semangat kerja berpasukan.

GYECC merupakan satu pertandingan bertaraf nasional yang menghimpunkan para pelajar Universiti Awam dan swasta dari seluruh Malaysia untuk mengikuti sebuah pengalaman yang mencabar minda imaginasi mereka menjadi lebih kreatif dalam menghadapi cabaran dan halangan untuk bergelar usahawan.

Program yang diadakan selama 3 hari ini menerusi anjuran Youth Entrepreneur Society (YES) University of Nottingham Malaysia (UNM)  Kampus Semenyih, Selangor, telah berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti keusahawanan seperti Simulasi Perniagaan, Instagram Challenge, Physical Challenge dan Business Pitching.

Peserta dikehendaki untuk menglibatkan diri secara aktif dalam kesemua program yang dianjurkan bagi mengumpul markah untuk mara ke pusingan terakhir.

Program yang berlangsung pada 8-10 Mac 2019 ini menyaksikan penyertaan daripada pelbagai pelajar universiti seperti Universiti Teknologi Petronas, Sunway University dan Taylor’s University.

Dalam pertandingan ini, pelajar UTM telah mempamerkan bisnes idea Edu/AR (Education Augmented Reality) dengan prototaipnya Chem/AR (Chemistry Augmented Reality) pada pusingan business pitching.

Chem/AR merupakan sebuah aplikasi yang dapat membantu mempermudah proses pembelajaran pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Kimia dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).

Maklum balas dan pandangan yang positif serta bermanfaat diterima daripada para mentor dan panel iaitu Jan Wong yang merupakan pengasas OpenMinds dan Tan Yee Siang daripada Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) bertujuan untuk menambahbaik Chem/AR pada masa hadapan.

Explore More