Mei 8, 2024

Search
Close this search box.

UTM Sedia Jalin Kerjasama Antarabangsa Dengan AMRC, University Of Sheffield

JOHOR BAHRU, 28 Feb. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersedia menjalinkan kerjasama dengan University of Sheffield Advanced Manufacturing Research Centre (AMRC) Group dalam bidang berkaitan akademik dan penyelidikan.

Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata UTM telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan AMRC melalui sebuah emel rasmi kepada Executive Dean AMRC, Profesor Keith Ridgway pada 22 Februari 2019 yang lalu.

Ia merupakan susulan daripada lawatan rasmi Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik ke pusat penyelidikan tersebut pada 24 Januari 2019.

“Dalam emel tersebut kita juga telah mengusulkan cadangan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik yang meminta UTM untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan AMRC.

Menerusi emel tersebut juga, UTM juga sedang membincangkan beberapa cadangan model dan bentuk kerjasama yang sesuai dengan pihak ARMC.

“Kerjasama ini diharap bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak universiti, malah kepada negara Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Universiti of Sheffield merupakan 100 universiti terbaik di dunia dan telah melahirkan seramai 1,300 graduan dalam bidang kejuruteraan.

Terdahulu, melalui Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil 2/2019 yang dipengerusikan oleh YB Dr. Maszlee pada 30 Januari 2019 lalu, AMRC telah menyatakan kesetujuan dengan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan cawangan AMRC di UTM.

 

Explore More