April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM-ITTS Jalin Kerjasama Penyelidikan dan Akademik

SURABAYA, 2 Mac 2019 – UTM dan Institut Teknologi Telkom Surabaya (ITTS) telah menandatangani dokumen persetujuan untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan akademik. ITTS merupakan sebuah universiti baharu yang dimiliki oleh syarikat gergasi telekomunikasi di Indonesia iaitu Telkom Indonesia.

Majlis Menandatangani Surat Hasrat – Letter of Intent (LoI) bagi kerjasama antara UTM dan ITTS pada 2 Mac 2019 di Hotel Santika Jemursari, Surabaya telah dilaksanakan bersempena dengan International Seminar on Information and Communication Technology 2019 (ISICT). UTM secara khususnya akan menjalankan penyelidikan berkaitan Revolusi Industri 4.0 dengan kerjasama dari ITTS.

Bagi bidang akademik pula, program ijazah sarjana berkembar akan dilaksanakan dengan aktiviti pertukaran pelajar dan pensyarah dari kedua-dua institusi.

Sesi bergambar bersama UTM, ITTS, Universitas Airlangga dan Universitas Padjajaran

LoI ini telah ditandatangani oleh Pengarah Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) iaitu Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar bersama Dekan Fakultas Teknologi Informasi dan Industri iaitu Dr. Satria Mandala.

Majlis menandatangani dokumen surat hasrat antara UTM dan ITTS
Sesi pertukaran dokumen surat hasrat antara UTM dan ITTS

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Rektor ITTS, Ir. Tri Agus Djoko Kuntjoro, wakil Bank Mandiri Ferdy Edwar Moezwar selaku Naib Presiden Rangkaian Transaksi Perbankan dan Naib Presiden Pemasaran Jawa Bali Telkomsel Ericson Sibagariang

Prof. Shahrizal berkata kerjasama yang terjalin ini dapat memberikan peluang kepada para penyelidik menyelesaikan masalah dan potensi komersialisasi di peringkat antarabangsa dan akan dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang mempunyai daya pemikiran yang lebih ke hadapan.

Ucaptama oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar di International Seminar on Information and Communication Technology 2019

 

Explore More