April 26, 2024

Search
Close this search box.
SPAT dan SSTMI

UTM Dijemput Menjadi Panel Penilai Analisis Prestasi Sukan bagi Atlet Pelapis Bola Sepak Negara di Sekolah Sukan Malaysia

BANDAR PENAWAR, 24 Jan. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melalui institusi penyelidikannya, Institute of Human Centered Engineering (iHumEn)
telah dijemput oleh salah sebuah Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) untuk menjalankan Ujian Pengukuran Dan Penilaian Untuk Pelapis Pemain Bola Sepak Negara.

iHumEn merupakan sebuah institusi penyelidikan multidisiplin di UTM. Ia adalah gabungan pakar dan kekuatan dari pelbagai bidang iaitu pengkomputeran, kejuruteraan elektrik / elektronik, robotik, mekanikal, bioperubatan dan sains sukan.

Di bawah iHumEn ini terdapat empat pusat penyelidikan iaitu Sports Innovation & Technology Centre (SITC), MaGICX, IJN-UTM Cardio Centre dan MEDITEC.

Program tersebut diketuai oleh SITC dan dianggotai oleh sejumlah 25 orang penyelidik dari SITC, MaGICX, IJN-UTM Cardio Centre dan MEDITEC dan pelajar UTM.

SITC merupakan sebuah pusat penyelidikan yang menitikberatkan aktiviti pemindahan ilmu dan percambahan minda bersama industri sukan secara menyeluruh demi kemajuan sukan negara.

Ujian kepantasan
Ujian kepantasan 30m menggunakan teknologi ‘timing gate system’.

Oleh itu Sports Performance Analysis Team (SPAT) telah ditubuhkan untuk menjalankan program analisis prestasi sukan di SSTMI.

Persediaan selama sebulan telah dilakukan oleh SPAT bagi memastikan kelancaran program di SSTMI. Ia melibatkan ujian kecergasan fizikal yang spesifik tertumpu kepada sukan bola sepak.

Ujian kecergasan fizikal yang dipilih adalah merupakan ujian yang menguji komponen ketahanan kardiovaskular, kelajuan, ketangkasan, kekuasaan otot dan kandungan asid laktik dalam badan. Jenis-jenis ujian yang dipilih adalah ujian yo-yo, ujian kelajuan 30m, ujian Illinois, ujian lompat dirian menegak dan ujian asid laktik.

Kesemua ujian yang dipilih adalah berdasarkan saintifik sukan bola sepak di mana terbukti menguji kebolehupayaan sebenar seorang pemain bola sepak.

Ujian asid laktik
Ujian asid laktik untuk mengukur ‘recovery rate’ atlet.

Selain itu, SPAT UTM telah menggunakan inovasi dan teknologi sukan semasa menjalankan ujian kecergasan fizikal tersebut.

Program analisis prestasi sukan juga melibatkan pengunaan alat inovasi dan teknologi sukan seperti Dji Drone, Electromyography Wireless (EMG), Automatic Sensor System, Motion Analysis  dan Tensorflow Software, sistem database dan lain lain untuk melakukan pengukuran dan  penilaian sukan kepada  pasukan bola sepak masa depan negara. Ujian kecergasan fizikal tersebut turut mendapat liputan rancangan sukan televisyen RTM yang sedang menjalankan liputan rakaman di SSTMI.

Ini adalah satu kerjasama yang baik di antara Universiti dan pihak Sekolah Sukan Malaysia. Kerjasama seperti ini merupakan landasan tepat kepada kemajuan sukan negara dan menjadikan Malaysia kuasa bola sepak Sukan Asia satu hari nanti.

Pengumpulan data di dalam sistem
SPAT sedang mengumpulkan data dari ujian-ujian yang dijalankan untuk dianalisa di dalam sistem.

Program analisis prestasi sukan ini dapat memberi manfaat kepada pemain masa depan negara yang berada di SSTMI.

Program analisis prestasi sukan oleh SPAT adalah merupakan satu pendekatan baru yang di lakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai sudut seperti sudut biomekanik sukan, psikologi sukan, kejurulatihan sukan, kaedah latihan sukan selain daripada ketepatan data, kebolehpercayaan ujian dan kesahihan ujian yang dijalankan mengunakan alat teknologi sukan terkini.

Kesemua data yang diperolehi akan dijadikan laporan yang bermakna dan berguna buat jurulatih, atlet dan pengurusan pasukan bolasepak SSTMI. Laporan yang disediakan juga menggunakan sistem database yang dibangunkan sendiri oleh  SPAT UTM.

Yoyo Test
Ujian Yoyo yang menguji ketahanan kardiovaskular atlet.

Selain itu, pasukan penyelidik dan pelajar UTM juga telah dibawa masuk ke bilik mesyuarat SSTMI bersama barisan Pengetua dan barisan jurulatih jurulatih sukan SSTMI.

Pelbagai perkara yang telah dibincangkan antaranya aktiviti pemindahan ilmu, percambahan minda, perkongsian teknologi, penyelidikan bersama dan penggunaan makmal analisis pergerakan sukan SSTMI bersama UTM.

Perbincangan ini juga merupakan satu landasan utama kepada atlet SSTMI untuk menyambung pengajian sukan di UTM dan sekaligus mengharumkan nama UTM di peringkat nasional dan antarabangsa.

Program ini dapat menjadi platform utama dalam memastikan kecemerlangan sukan negara berteraskan inovasi dan teknologi  di mana UTM merupakan universiti peneraju utama dalam inovasi, teknologi dan kejuruteraan.  Semoga kerjasama yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi Malaysia Tanahairku.

vertical jump
Ujian lompatan dirian menegak yang menguji kekuasaan otot atau ‘explosive power’ seseorang atlet itu.

Semua laporan ini akan diserahkan kepada pihak Sekolah SSTMI, pihak Institut Human Centred Engineering (iHuMen UTM) dan Universiti Teknologi Malaysia.

Kolaborasi strategik juga akan dijalankan dengan perancangan menandatangani MoU antara UTM dan SSTMI bagi membolehkan kerjasama ini berterusan dan berjalan lancar demi kemajuan sukan negara. Akhir kata, Majulah SPORTS 4.0 untuk Negara.

SPAT dan atlet SSTMI
Pasukan SPAT UTM bersama atlet-atlet junior bola sepak SSTMI, Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun.

Disediakan oleh:

Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip

Research Fellow,

Sports Innovation & Technology Centre (SITC)

Explore More