April 25, 2024

Search
Close this search box.

Kerjasama Strategik FABU bersama Map2U Sdn Bhd menjayakan program “Graduate Employability”

JOHOR BAHRU, 9 Jan. — Seramai 35 pelajar dari program Sarjana Muda Sains Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur diberikan pendedahan teknologi terkini terutamanya yang berkaitan Internet of Things (IOT) oleh pemain utama industri Geospatial, Map2U Sdn Bhd

Program yang dipanggil “Graduate Employability” tersebut  telah diadakan pada 7 – 8 Januari 2019 lalu dan merupakan salah satu kerjasama strategik FABU dengan  Map2U Sdn Bhd, yang juga merupakan rakan kerjasama ESRI.

Penganjuran program ini ini adalah sebahagian daripada Kursus Wajib dalam program ini, iaitu kursus Khemah Latihan GIS 2 (SGHG3542) dan ditawarkan secara percuma oleh pihak Map2U sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibilities) mereka.

Program ini telah dikendalikan oleh 2 orang tenaga profesional dari industri Geospatial, iaitu Cik Tang Winnie dan Encik Mohammad Hisyam.

Menariknya, kedua-dua profesional ini juga merupakan alumni program Sarjana Muda Sains Geoinformatik UTM.

Melalui program ini, para pelajar telah diberi penerangan tentang penggunaan ArcGIS Online, WebApp Builder dan Operation Dashboard for ArcGIS.

Hasil daripada kursus ini membolehkan pelajar membangunkan aplikasi GIS secara online, yang boleh diintegrasikan dengan pelbagai tujuan lain.

Semua peserta program telah menerima sijil professional data dalam pengurusan geospatial yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dengan adanya sijil professional ini, ianya dapat membantu pelajar meningkatkan kebolehpasaran selepas menamatkan pengajian kelak.

Perkongsian oleh En Mohammad Hisyam berkenaan platform ArcGIS

 

Perkongsian oleh Cik Tang Winnie berkenaan platform IMAPS

 

Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Dr. Zulkarnaini mat Amin menyampaikan cenderahati kepada En Mohammad Hisyam

 

Kumpulan pelajar bergambar bersama-sama dengan penceramah

Explore More