April 26, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Mohammed Nabil Bin Mahamad

MERSING, 19 Nov- Pada 16 dan 17 November 2018 yang lalu, Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia (PKU UTM) telah mengadakan program khidmat masyarakat Orang Asli bertempat di Kg Labong, Endau, Johor yang terletak kira-kira 30 minit dari bandar Mersing.

Program ini merupakan kerjasama diantara Jabatan Kemajuan Orang Asli Mersing dan JKKK Kampung Labong dan disertai oleh 50 orang warga PKU termasuk 10 pelajar PROSIS UTM.

Program ini telah dilaksanakan selama dua hari melibatkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Home Visit iaitu lawatan ke 10 buah rumah penduduk Orang Asli yang kurang berkemampuan.

Pada lawatan ini juga warga PKU berpeluang beramah mesra dan bergaul bersama penduduk tersebut serta memberikan nasihat kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Pihak PKU juga telah menyerahkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban hidup mereka.

Pada hari berikutnya, aktiviti sukaneka  dan pertandingan mewarna melibatkan anak-anak penduduk Kampung Labong, pemeriksaan gigi, demonstrasi memberus gigi, gotong royong sekolah dan juga pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Labong, Endau.

Dianggarkan seramai 300 orang penduduk setempat telah menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

Sebelum berakhirnya Majlis, tetamu-tetamu kehormat iaitu Prof. Dr. Yahya Buntat (wakil rasmi UTM), Dr. Nor’Ashikin Sharif (Pengarah PKU) dan En. Jamiri Tamen (Pegawai Kemajuan Orang Asli Mersing) dan Dr. Mohd Firdaus Akmal Azman (Pengarah Program)  telah dipersembahkan Tarian Sewang sebagai tanda selamat datang ke Kampung Labong.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Yahya Buntat iaitu selaku wakil rasmi UTM.

Dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada penduduk Orang Asli Kampung Labong yang sudi menerima kunjungan warga UTM serta memberikan layanan yang amat baik sekali.

Beliau berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Explore More