April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTMXCITE Dipilih sebagai ‘Maker’ bagi Peringkat Universiti Wilayah Selatan

KUALA LUMPUR, 25 Nov. –   Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) telah dipilih sebagai pusat ‘maker’ peringkat Universiti wilayah selatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPM).

UTM XCITE menggalakkan persekitaran pembelajaran kepada pelajar dengan meneroka kemahiran baru seperti kawalan mikro untuk pembuatan dan pembangunan robotik, servis 3D printer dan modul pengguna ‘Design Thinking’ .

Sesi bergambar bersama wakil-wakil daripada hos zon UNIMAKER.

Ini telah dibuktikan apabila UTMXCITE telah dipilih oleh KPM menjadi hos bagi pertandingan zon selatan UNIMAKER 2018.

UNIMAKER 2018 dihadiri oleh hampir 150 peserta daripada beberapa universiti awam dan diadakan pada 28 September 2018 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Kunci yang diterima oleh setiap hos sebagai simbolik lantikan koordinator setiap zon.

Upacara penutup telah disempurnakan dengan pelancaran gimik penyerahan kunci sebagai simbolik lantikan hos zon yang terdiri daripada 4 zon iaitu UTM untuk Zon Selatan, Universiti Malaya (UM) (Tengah), Universiti Sains Malaysia (USM) (Utara) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)(Timur).

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Hubungan dengan Industri,  Prof. Dr. Arham Bin Abdullah,

UNIMAKER yang pertama kali diadakan pada tahun 2018 dihoskan oleh Universiti Malaya akan terus diadakan pada tahun-tahun berikutnya.

UNIMAKER 2018 telah mendapat sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak seperti Hong leong Islamic Bank, Exxon Mobile, Starkbuck, dan lain-lain.

Explore More