April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 15 Dis. – Seramai 30 org pelajar dari Sekolah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama 10 kakitangan daripada Indah Water Konsortium (IWK), dan Ranhill SAJ Sdn.Bhd ( Ranhill) bergotong-royong membersihkan Sungai Skudai di Taman Impian Emas, di sini hari ini.

Program yang dipanggil ‘Friend of River’ itu merupakan kerjasama UTM bersama IWK, SAJ, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Pengairan dan Saliran Johor (JPS). 

Pengarah UTM Campus Sustainability (UTMCS), Prof. Madya Dr. Mohd Fadhil Bin Md Din berkata, kesedaran dalam penjagaan serta pemuliharaan sungai amat diperlukan untuk memberi kesedaran sivik serta motivasi kepada komuniti.

Ini bertepatan dengan penganjuran program Friend of River di bawah unit kualiti air IWK.

Program ini telah memberi ruang kepada pihak yang terlibat dalam melihat situasi sebenar keadaan Sungai Skudai ini terutama buat pelajar UTM.

Penganjuran program gotong royong ini bermula dengan membersihkan sekitar kawasan Sungai Skudai dan kawasan taman rekreasi di sekitar sungai tersebut.

Di samping itu, kesedaran sivik buat penduduk sekitar juga perlu diutamakan dalam memastikan pembuangan sampah mahupun bahan sisa makanan ini dapat dikurangkan atau diberhentikan agar pencemaran terhadap sungai dan sumber air dapat dikurangkan.

Pengarah UTM Campus Sustainability (UTMCS), Prof. Madya Dr. Mohd Fadhil Bin Md Din

Mengikut statistik yang dibentangkan oleh pihak IWK yang disampaikan di permulaan program, kandungan ammonia telah melebih paras dan tindakan segera perlu dilakukan bagi memupuk kesedaran betapa pentingnya sungai dan fungsinya kepada manusia.

Dr Fadhil juga berharap agar pihak berwajib boleh sebulat suara menjayakan program seperti ini pada masa akan datang.

Explore More