April 19, 2024

Search
Close this search box.

FABU Anjur Bengkel Perancangan Strategik 2019

SKUDAI, 16 Dis – Bagi menghadapi cabaran mendatang, khususnya pasca UTM Sinergi 4.0 pada 1 Julai 2018 yang lalu, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik 2019 pada 13 – 15 Disember 2018 bertempat di Amverton Heritage Hotel, Ayer Keroh, Melaka.

Terlebih dahulu, satu pra-bengkel telah diadakan pada 3 Disember 2018 bertempat di Bilik Seminar, Blok C02 yang dikendalikan oleh Pro-Naib Canselor (Strategik), Prof. Dr. Shahrin Mohamad selaku fasilitator jemputan.

Manakala bengkel di Melaka telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Rose Alinda Alias dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS).

Seramai 40 peserta telah bersama-sama menjayakan bengkel ini meliputi pengurusan tertinggi fakulti, staf akademik, staf professional dan staff bukan professional dari pelbagai peringkat umur bagi memastikan input dari segenap lapisan bakat di ambilkira dalam mencapai aspirasi fakulti dan universiti.

Peserta bengkel telah dibahagikan kepada 6 kumpulan berdasarkan kepada Key Amal Indicator (KAI) Universiti.

Bengkel telah berjaya membangunkan visi dan misi fakulti yang baharu dan mengenalpasti inisiatif-insiatif serta implikasi kewangan, ruang dan sumber manusia dalam usaha untuk mencapai KAI universiti.

Semoga FABU akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam usaha mencapai penarafan “QS World University Ranking Top 50” berdasarkan subjek “Architecture/Built Environment” pada tahun 2020.

Explore More