April 26, 2024

Search
Close this search box.

Dianugerahkan Pemenang Kategori People Choice, MIZANHOME curi hati juri awam di SDME 2018

DUBAI, 28 Nov. – Pasukan MizanHome berjaya menawan hati juri professional dan awam di peringkat antarabangsa khususnya masyarakat di Emiriyah Arab Bersatu apabila projek mereka telah dipilih untuk memenangi Anugerah People’s Choice Award dalam pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018, di sini, hari ini.

MizanHome, atau Projek Rumah Solar Mizan ini telah dinobatkan pemenang hasil undian sebanyak 29.1% daripada 32, 436 pengundi serata dunia yang memilih MizanHome sebagai pasukan kegemaran mereka.

Pasukan ini telah mengalahkan 14 lagi kumpulan lain yang mewakili negara masing-masing dalam kategori tersebut.

Pasukan yang diwakili oleh Nur Zulzika Mohamad, Ummu Nusaibah Abdullah, Rabiatul Adawiyah Mohamad dan Ameer Zahid Mohamad Zafrullah tersebut dibimbing oleh Prof Dr. Muhd Zaimi bin Abd Majid dari Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan.

Dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-13 secara keseluruhan, pasukan ini membawa pulang hadiah bernilai AED400,000.

Projek Rumah Solar Mizan adalah kolaborasi strategik kepakaran dua buah universiti awam iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Peserta bersama Prof. Dr. Muhd Zaimi bin Abd Majid dan petugas lain

Rumah Solar Mizan merupakan wakil tunggal Malaysia dan Asia Tenggara dan seharusnya kemenangan ini adalah amat bermakna bagi semua rakyat Malaysia.

Kolaborasi di anatara dua universiti ini menggambarkan keupayaan universiti awam bersinergi untuk menghasilkan suatu projek ikonik yang berupaya dipamerkan dan diketengahkan di peringkat global.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan mereka telah mengetengahkan tujuh inovasi menggunakan teknologi terkini iaitu Rekaan Rumah Tiga Lapisan, Teknologi Grey Water System, Pendebat Dinding Organik, Ice Storage System, Sistem Tenaga Hibrid, Aplikasi Smart Home dan Inovasi Pembinaan Modular Cage.

Explore More