Oktober 12, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Free Being Me oleh UTM Tingkat Keyakinan Diri Remaja Indonesia

JAKARTA, 13 Dis – Kira-kira 100 remaja lelaki dan perempuan di Universitas Buana Perjuangan Karawang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri 2, Karawang, Jakarta, Indonesia mendapat manfaat melalui program Program Outbound Students Mobility yang diberi nama ‘Free Being Me’.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia UTM dengan kerjasama Azman Hashim International Business School (AHIBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Johor dan dijalankan pada 9 hingga 12 Disember 2018.


Pelajar Pandu Puteri UTM bersama Pramuka Universitas Buana Perjuangan Karawang sebagai fasilitator untuk meningkatkan kepercayaan diri melalui Bengkel Free Being Me

Program ini bertujuan meningkatkan positiviti diri dan self-esteem peserta dengan menerapkan kepentingan menghargai dan mempercayai keupayaan diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada kosmetik, pakaian dan aksesori yang berlebihan untuk kelihatan yakin dan cantik.

Program yang dibangunkan oleh World Association of Girl Guide and Girl Scout (WAGGGS) dengan kerjasama jenama Dove ini menyokong Konvensyen United Nation dalam menyatakan hak kanak-kanak di Artikel 29 (Tujuan Pendidikan).

Dalam program yang dijalankan itu, peserta didedahkan dengan pelbagai jenis mitos imej dan cara mengatasinya demi mencapai potensi diri yang dinamik.

Menurut salah seorang peserta program di sekolah, Maya Diwi Patriwi, program ini telah menyedarkan beliau bahawa make-up hanyalah gimik untuk kelihatan cantik.

“Saya berasa lebih yakin tanpa make-up dan menerima diri seadanya setelah mengikuti program ini”, katanya.

Semua peserta bengkel ini berjaya mendapatkan badge Free Being Me daripada WAGGGS yang berharga RM10 secara percuma.


Badge Free Being Me telah ditaja oleh World Association of Girl Guide and Girl Scout

Program yang dijalankan selama empat hari ini telah disambut meriah oleh Rektor UBP Karawang, Dr. H. Dedi Mulyadi serta Guru Besar, SKMN 2, Karawang, Encik Illi Suhenda.

Persatuan Pramuka Indonesia dari UBP Karawang juga telah menyertai dan membantu program ini ketika ianya dilaksanakan di peringkat sekolah.

Program antarabangsa ini telah berjaya memberikan international exposure kepada lapan orang siswi daripada AHIBS serta memahami persilangan budaya, menjalinkan jaringan kolaborasi dengan pelajar Indonesia dan meningkatkan keyakinan diri melalui peranan sebagai fasilitator di Bengkel Free Being me.

Explore More