April 20, 2024

Search
Close this search box.

Kepakaran UTM bantu bina MIZANHome di Pertandingan Solar Decathlon Middle East di Dubai

DUBAI, 14 Nov. – Sekumpulan pensyarah dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berkampung di tapak Solar Sheikh Mohammad Rashid Al – Makhtoum, di sini, bagi membina sebuah rumah yang dijenamakan sebagai MIZANHome, sejak 27 Oktober lalu.

MIZANHome merupakan projek yang dibina dalam pertandingan rekabentuk dan pembinaan rumah solar yang dipanggil Solar Decathlon Middle East (SDME2018).

Projek ini merupakan hasil kepakaran para penyelidik dan mahasiswa dalam menghasilkan rekabentuk prototaip rumah yang lestari dan bercirikan teknologi termoden.

Penglibatan para pakar dari Institut for Smart Infrastructure & Innovative Construction (ISIIC) Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU), Centre for Electrical Energy System (CEES) itu adalah merupakan wakil Malaysia dan Asia Tenggara yang berkolaborasi dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mereka akan bertanding bersama 15 peserta lain yang kini rumah rekaan masing-masing dipamerkan di Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park Seih Al Dahal, di negara timur tengah itu.

Menurut Ketua Projek, Profesor Dr Muhd Zaimi Abd Majid, pasukan UTM berjaya menyertai SDME2018 adalah lanjutan kepada kejayaan UTM meryertai Solar Deathlon China (SDC2013) di Bandar Datong.

Pengalaman ulung UTM telah dijadikan asas kepada penyertaan SDME2018 yang turut melibatkan para pensyarah dan mahasiswa USIM yang buat pertama kalinya menyertai pertandingan besar peringkat dunia serupa ini.

Persiapan dalam rekabentuk yang meliputi aspek Senibina, Kejuruteraan Struktur, Mekanikal, Tenaga Diperbaharui dan Elektrikal telah dimulakan semenjak September 2016.

Kolaborasi di anatara dua universiti menggambarkan keupayaan universiti awam bersinergi untuk menghasilkan suatu projek ikonik yang berupaya dipamerkan dan diketengahkan di peringkat global.

Penglibatan oleh beberapa agensi kerjaan dan industri pembinaan di Malaysia turut menyerlahkan keupayaan universiti awam bekerjasama di dalam mempamerkan ‘stete of the art’ R&D di Malaysia untuk tontonan dunia khusunya di Dubai sebagai sebuah bandaraya yang maju.

MIZAN Home dan 14 rumah dari pasukan lain di seluruh dunia akan diadili oleh sekumpulan juri di samping ia dibuka untuk lawatan para industri pembinaan dan bangunan serta orang ramai selepas pembukaan SDME2018 pada 14 November 2018 oleh HH Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai.

Explore More