April 24, 2024

Search
Close this search box.
UTM Pirates Junior 7's

JOHOR BAHRU, 28 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai Kejohahan Rugbi Matrikulasi 7 Sebelah dalam kategori Terbuka.

Kejohanan tahunan ini buat pertama kalinya telah membuka penyertaan bagi kategori Terbuka.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini telah menarik penyertaan daripada 16 buah matrikulasi seluruh negara, 10 buah sekolah sekitar Johor bagi kategori lelaki bawah 16 tahun (L16), 7 buah sekolah sekitar Johor bagi kategori perempuan bawah 14 tahun (P14) dan 7 buah kelab sekitar Johor bagi kategori Terbuka.

Dalam perlawanan penentuan Johan Plate, UTM Pirates Junior telah menewaskan SAJOHA Viking (Kelab Ragbi Alumni Sekolah Menengah Sains Johor) dengan 14 mata berbalas 10.

UTM telah diwakili oleh Pasukan Pirates Junior ​​seramai 14 orang​ ​​membariskan pelajar-pelajar tahun 1 dan asasi ​​​termasuk 2 orang pelajar kanan dengan ​5​ pegawai pengiring. Mereka ialah:

​Pelajar:​

  1. Dharsyaan A/L Elangoh ​- Captain
  2. Haziq Bin Hasdi​ – Pack Leader​
  3. Muhamad Irfan Bin Mohamad ​- Pelajar Kanan​
  4. ​​Muhammad Afiq Zuhair Bin Azini ​- Pelajar Kanan​
  5. Muhammad Eirfan Qayyum Bin Junaidy
  6. Zulfikri Bin Zulkifli
  7. Muhammad Imran Bin Elias
  8. Mohd Zurail Fiqri Bin Ghazali
  9. Muhammad Andika Bin mohd yunus
  10. Aiman Hakim Bin Mohamed Hassan
  11. Muhammad Syafiq Bin Shaharudin
  12. Mohd Nor Iman Bin Mohd Habibul Rahman
  13. Atif Bin Abdullah
  14. ​​Subra Deepan A/L Ravendran

​Pegawai Pengiring:

  1. En. Fakhrizal Azmy Bin Nasruddin – Ketua
  2. En. Khairul Asrie Bin Haridon
  3. En. Muhammad Akmal Bin Ayob
  4. En. Haikal Harith Bin Adam Prakash
  5. ​En. Shahriezaniel Bin Salim

​En. Fakhrizal apabila ditanya, menyatakan bahawa “Matlamat utama ​(kami)​ pada kejohanan kali ini adalah untuk menguji dan mengenal pasti permain​-pemain​ muda yang boleh digilap dan diketengahkan​.​ ​D​i samping​ itu, kejohanan ini ​merupakan platform ​bagi ​pendedahan awal pemain terhadap penerapan ta​k​tikal permainan diperingkat yang lebih tinggi (universiti​ dan kebangsaan)​ yang mana agak berbeza dengan peringkat sekolah.​”​​​

Dharsyaan selaku kapten pasukan “Terima kasih kepada semua pemain yang memberi komitmen penuh sepanjang pertandingan ini. Terima kasih juga kepada pihak kepada jurulatih dan UTM kerana memberi kami peluang untuk mewakili UTM. Diharapkan peluang seperti ini akan sentiasa ada untuk pemain junior seperti kami untuk mendapat pendedahan yang berguna.

Maklumat lanjut berkenaan pembahagian trofi Cup, Plate, Bowl dan Shield boleh dirujuk disini:

Canada Sevens: How the prize breakdown works in rugby

Laporan: Akmal Ayob

UTM Pirates Junior 7'sEn. Fakhrizal (Ketua Pegawai) berbaju hitam biru
Dharsyaan (Kapten) depan tiga dari kanan

Explore More