4 September 2018 by Mohd Khairy Kamarudin

Persidangan Meja Bulat Zakat 2018 (PMBZ 2018) telah diadakan di Dewan al-Ghazali, Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Persidangan tersebut telah diuruskan oleh Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan telah mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Center of Islamic Philanthropy & Social Finance (CIPSF UiTM), Alor Gajah, UiTM Cawangan Alor Gajah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan Lembaga Zakat Selangor. Dengan temanya Memperkasa agihan zakat kepada asnaf fakir & miskinpersidangan ini dapat mengumpulkan pandangan para sarjana di institusi Pendidikan tinggi, institusi-institusi zakat di negeri Johor, Melaka dan Selangor yang telah terlibat secara langsung dalam penyelidikan tersebut.

Objektif Persidangan

  1. Membincangkan tahap keberkesanan pelaksanaan agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin
  2. Mencadangkan strategi agihan zakat yang lebih berkesan dan praktikal

Dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Muhammad Sukri Saud.

 

RESOLUSI PERSIDANGAN MEJA BULAT ZAKAT 2018 (PMBZ 2018)

MEMPERKASA AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR & MISKIN

ANJURAN AKADEMI TAMADUN ISLAM DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

  1. Meningkatkan amalan urus tadbir korporat dalam amalan agihan zakat, iaitu prinsip akauntabiliti, kawalan, ketelusan, dan pengawasan dalam sesebuah organisasi
  2. Meningkatkan imej institusi zakat dalam kalangan pembayar zakat khususnya berkenaan ketelusan agihan
  3. Kadar agihan zakat perlu dinilai mengikut keperluan penerima (asnaf). Dengan demikian, ‘keperluan’ asnaf perlu sentiasa dikemaskini
  4. Data agihan dan asnaf perlu sentiasa dikemaskini, seiring dengan peningkatan jumlah kutipan
  5. Perlu dilakukan penyelarasan antara institusi zakat dan institusi bantuan lain, seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat
  6. Perlunya gunasama tenaga agensi-agensi terlibat dalam memberi bantuan dalam mengesan individu / fakir miskin
  7. Perlunya meningkatkan ketelusan dalam penentuan kriteria kelayakan penerima bantuan dan keputusan samada diterima atau ditolak permohonan
  8. Mengetengahkan zakat sebagai institusi unggul dalam membasmi kemiskinan, sesuai dengan situasi di sesetengah negara, khasnya di ASEAN
  9. Menekankan prinsip ‘keutamaan’ dalam agihan zakat berdasarkan keperluan, galakan, dan insentif
  10. Mengaplikasi prinsip ‘agihan secepat mungkin’ kepada asnaf yang berkelayakan
  11. Perlunya benchmark dengan agensi-agensi lain dalam urusan agihan zakat
  12. Kriteria organisasi zakat yang perlu ditekankan : professionalism, financial transparency, perkhidmatan, comfort, innovative program
  13. Perlu dapatkan maklumbalas daripada asnaf yang menerima bantuan dari masa ke semasa
  14. Institusi agihan perlu berusaha ke arah mengurangkan Jurang Kutipan dan Agihan (ZCD)