April 27, 2024

Search
Close this search box.

Syarahan Perdana Tun Dr Mahathir Sempena MJIIT Japan Day 2018 dan Perasmian Residensi UTMKL

KUALA LUMPUR, 20 September 2018 – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyampaikan syarahan perdana sempena dengan ‘Japan Day 2018’ anjuran Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) dan turut merasmikan Residensi UTMKL, bangunan yang terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur.

Dengan topik Dasar Pandang ke Timur, syarahan tersebut bertujuan untuk memberi aspirasi dan motivasi kepada pembaharuan Dasar Pandang ke Timur yang menyasarkan kepada pendidikan unik, latihan dan pelaburan kepada kerjasama yang lebih baik antara Malaysia dengan negara Jepun.

Pada tahun 1982, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, di mana Malaysia telah menghantar pelajar tempatan ke Universiti dan pusat latihan di Jepun. Kira-kira 15,000 orang pelajar Malaysia dari pelbagai universiti dan institusi telah dihantar ke Jepun dalam jangka masa 30 tahun, bertujuan untuk bukan sahaja menuntut ilmu dari segi akademik dan teknikal, malah untuk menerima latihan industri dan perniagaan dan dalam masa yang sama mengamal etika kerja, disiplin dan nilai budaya masyarakat Jepun.

Tun Dr. Mahathir (tengah) diapit oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik (kiri) dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar semasa sesi Syarahan Perdana di UTM kampus Kuala Lumpur

Daripada jumlah tersebut, lebih dari 4000 orang pelajar ialah pelajar bidang sarjana muda dan pascasiswazah dari MJIIT yang terlibat dalam pelbagai aktiviti akademik di Jepun. Tambahan pula, Kerajaan Jepun juga menaja pensyarah dan Profesor yang terdiri daripada pelbagai bidang kejuruteraan untuk bertugas di MJIIT.

Sempena ‘Japan Day 2018’, pengunjung beroleh peluang untuk menyertai bengkel budaya Jepun, terutamanya Yukatta Jepun, permainan tradisional Jepun, pendedahan kepada seni origami dan Kaligrafi Jepun. Program ini telah ditaja oleh Kedutaan Jepun, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Japanese Chamber of Trade and Industry Malaysia.

Perdana Menteri juga merasmikan ‘Mix Development Complex’, Residensi UTMKL yang dibina bertujuan untuk menjadi pusat gaya hidup UTMKL.

UTM, salah sebuah universiti utama di Malaysia, ialah universiti tempatan pertama yang membangunkan kompleks berintegrasi yang terdiri daripada peginapan pelajar, hotel dan kemudahan untuk membeli belah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Residensi UTMKL, yang pembinaannya bermula dalam tahun 2014 dan siap pada April 2017, ialah kebanggaan UTM kerana pembinaannya adalah tajaan sendiri dan diuruskan sendiri oleh pasukan teknikal UTM melalui syarikat milik penuh mereka iaitu UTM Holdings Sdn Bhd. Ini telah menjadi satu penanda aras baru dalam menyediakan gaya hidup bertaraf antarabangsa selari dengan slogan Lifestyle @ UTMKL.

Residensi UTMKL ialah pembangunan berintegrasi yang terdiri daripada empat menara penginapan berjumlah 750 buah bilik. Komplek tersebut juga mempunyai dua hotel terkemuka iaitu Royal Widad Residence dan The Regency Scholars Hotel yang beroperasi dengan kemudahan hotel yang lengkap, selain kemudahan kolam renang, gimnasium, pusat permainan boling, sebuah dewan iaitu Grand Banquet Hall dan beberapa bilik seminar untuk kegunaan awam.

Komplek ini juga dilengkapkan lagi dengan Pasaraya Gurney, pusat beli belah yang telah menarik pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa seperti Burger King, KFC, Old Town White Coffee, salon, pusat tukaran wang dan lain-lain. Menariknya, ia juga beroperasi dengan pembayaran tanpa tunai iaitu menggunakan kaedah bayaran melalui aplikasi Bayaran Boost Mobile oleh Axiata.

Residensi UTMKL ialah platform inovatif UTM yang menghubungkan universiti dengan industri dan masyarakat. UTM mengalu-alukan semua untuk merasai gaya hidup yang merangkumi kepakaran teknologi dan kemajuan profesional sambil menggabungkan etika dan tradisi universiti.

Residensi UTMKL ini juga adalah penanda aras permulaan kejayaan UTM dalam pengurusan hartanah yang akan membawa lebih banyak lagi pembangunan menarik pada masa akan datang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir diberi penerangan tentang Residensi UTMKL oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar sempena perasmian bangunan tersebut.

Explore More