April 24, 2024

Search
Close this search box.

KDSE SPORTS DAY Rapatkan Pelajar SPACE (diploma dan asasi)

KDSE SPORTS DAY Rapatkan Pelajar SPACE (diploma dan asasi)

JOHOR BAHRU, 28 JULAI : Kolej Datin Seri Endon (KDSE), dengan kerjasama UTM SPACE telah mengadakan Hari Sukan KDSE buat julung kalinya diadakan di Padang KDSE.

Majlis yang menjadi tumpuan mahasiswa terutamanya penghuni KDSE ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Othman Bin Che Puan, selaku dekan UTMSPACE. Beliau juga diiringi oleh pengetua KDSE, Prof. Madya Dr. Liza Md Salleh seawal jam lapan pagi.

Majlis yang dianjurkan hasil kerjasama antara Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan Ahli Jawatankuasa program ini telah disertai oleh 360 mahasiswa yang masing masing terdiri daripada pelajar diploma dan asasi. Dalam ucapan perasmian Prof Dr Othman mengucapkan taniah kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran dan bagi memenuhi amanah yang digalas dibahu mereka atas kepercayaan dan harapan ibu bapa, usaha yang baik perlu ditanam agar tidak mengecewakan semua pihak. Menurut beliau Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia selain ianya juga meningkatkan kemahiran setiap individu dalam berkomunikasi dan memimpin. Elemen ini sangat penting bagi mengiktirafkan kebolehan untuk berfikir dalam menjana masyarakat terutamanya pemuda yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Dalam ucapan alu-aluannya pula Prof Madya Dr Liza, mengajak pelajar-pelajar menggunakan peluang dan masa agar pelajar menggunakan strategi yang betul dan tepat untuk memperolehi keputusan peperiksan yang baik. Selain dari itu, beliau juga menambah pelajar perlu mengambil peluang dan menyertai aktiviti-aktiviti di universiti agar dapat mengembangkan potensi diri. Ini adalah sebagai persediaan membina keyakinan diri dan meningkatkan keupayaan berkomunikasi kerana ia adalah sebahagian kualiti penting dilihat untuk memenuhi pasaran pekerjaan selepas bergraduasi kelak.

Dalam sukan ini pelajar dikategorikan dalam 3 kelompok berbeza iaitu pelajar diploma, asasi kanan dan juga asasi baru. Seramai 225 peserta mengambil bahagian dalam acara-acara yang ditandingkan. Sebanyak tujuh acara telah dipertandingkan antaranya Volleyball-oon, War of Balloon dan banyak lagi.

Objektif Hari Sukan KDSE ini diadakan bukan sahaja untuk memupuk semangat kesukanan, tetapi juga untuk memastikan seluruh warga Kolej Datin Seri Endon sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Program yang berlangsung sehingga satu tengah hari ini berjalan dengan lancar sehingga ke majlis penutup dan penyampaian hadiah. Objektif yang mendorong program ini diadakan telah berjaya dicapai apabila para peserta dilihat dapat menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama antara satu sama lain.

 

Pelajar bergambar Bersama Dekan Space, Pengetua Kolej KDSE dan felo kolej kediaman KDSE selepas perasmian.

Senamrobik di awal pagi sebagai permulaan program.

Pelajar bersedia sebelum acara BELONKU SAYANG.

Kumpulan pelajar ASASI kanan yang menjadi juara keseluruhan bergambar bersama hadiah dan sijil yang diperoleh.

Explore More