Julai 27, 2024

Search
Close this search box.

Program “Sahur Jangan Tak Sahur Bersama Adabi”

JOHRO BAHRU, 4 Jun 2018 – Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perihatin terhadap kebajikan mahasiswa dengan menyediakan juadah sahur dalam Program Sahur Jangan Tak Sahur Bersama Adabi yang diadakan pada 3 Jun 2018 bertempat di Dataran U4 Kolej Perdana.

Program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian, Kebudayaan dan Perpaduan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa itu adalah program kali kedua di adakan di UTM dengan kerjasama ADABI sebagai penaja utama.

Pengarah Program, Mohammad Zaidi Bin Syarifuddin berkata, antara objektif program itu adalah untuk mewujudkan suasana kekeluargaan antara warga Kolej Perdana, mendekatkan mahasiswa dan mahasiswi dengan program berbentuk kerohanian, kebudayaan dan perpaduan yang membabitkan mahasiswa antarabangsa yang menghuni di kolej berkenaan.

“Program ini bertujuan mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi dengan pengalaman sahur secara beramai-ramai, dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa dengan barisan Majlis Felo Kolej Perdana.

“Program sahur yang ditaja oleh ADABI adalah yang kedua diadakan di UTM dan merupakan kerjasama kali keempat dengan pihak ADABI dalam program-program yang diadakan di Kolej Perdana,” katanya.

Beliau berkata, beberapa artis jemputan terlibat dalam aktiviti sahur jangan tak sahur di mana mereka pergi ke bilik-bilik mahasiswa yang terpilih untuk menyumbangkan makanan dan cenderahati manakala selebihnya diedarkan kepada warga Kolej Perdana di Dataran U4.

Program yang dijangka akan dihadiri Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia, Pengetua Kolej Perdana dan pegawai-pegawai Universiti serta Majlis Felo Kolej Perdana dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa tempatan mahupun antarabangsa.

Pengetua Kolej Perdana Dr. Norahim Ibrahim berkata, ini adalah kali keempat pihak ADABI menyumbangkan makanan percuma kepada warga Kolej Perdana, yang pertama semasa program Festival Integrasi Kolej Perdana (Fieskop 16), program sahur tahun lepas dan diikuti program Kenduri Sekampung bersama ADABI sempena Festival Integrasi Kolej Perdana (Fieskop 16).  Katanya lagi, program-program yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) seperti contoh program ini, selain menggunakan kepintaran berfikir mencari dana, mereka juga belajar bagaimana melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dalam bentuk berfikiran professional sebagai entrepreneurial, kerjasama, kreatif, pengurusan masa dan sebagainya.

Elemen ini akan mematangkan diri mereka apabila keluar dan menjawat jawatan tinggi di luar sana kelak.

 

 

Explore More