April 26, 2024

Search
Close this search box.

Kunjungan Hormat kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin

17 Julai 2018 – Satu kunjungan hormat dari UTM telah diadakan ke atas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, di pejabat beliau di Wisma Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Kunjungan diketuai oleh Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM. Turut hadir sama dalam kunjungan ini ialah Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Walaupun merupakan pertemuan singkat, namun, ia cukup bermakna bagi kedua-dua pihak apabila perbincangan membabitkan perkongsian kepakaran dan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

UTM ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin menerima kunjungan hormat tersebut dan diharapkan pertemuan itu mampu membuka ruang dan peluang yang berterusan dalam menyemai semangat kerjasama kedua pihak.

Explore More