April 26, 2024

Search
Close this search box.

118 graduan terima sijil tamat kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer

SERAMAI 118 graduan Kursus Pensijilan Komputasional & Sains Komputer 2017 menerima sijil masing-masing di majlis graduasi yang diadakan di Hotel M-Suite, Johor Bahru, baru-baru ini.

Prof. Dr Shahrin Mohammad menyampaikan sijil kepada guru yang berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Komputasional & Sains Komputer 2017.

Mereka terdiri daripada guru-guru sekitar negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka yang mengikut kursus anjuran Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional & Sains Komputer 2017 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia melalui MDEC dan KPM bagi melatih guru-guru agar mahir dengan pengetahuan dan kemahiran sains komputer, termasuk kemahiran  pengaturcaraan dan juga memahami dan menggunakan strategi pedagogi yang sesuai untuk  pengajaran pemikiran komputasional dan sains komputer (CTCS).

Wakil Pengarah Pendidikan Johor, Sallina Hussain, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan wakil MDEC, Johan Termizi dan Prof. Dr Shahrim Mohammad menjadi tetamu jemputan.

Peserta program itu telah melalui latihan selama 40 jam secara “face to face” dengan Master Trainer yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UTM.

Mereka juga diberikan tugasan seperti projek pengaturcaraan (programming), menyediakan kertas cadangan bagi siasatan bilik darjah (classroom investigation) dan video laporan.

Majlis itu dirasmikan oleh Pro Naib Canselor (Strategi) UTM Prof. Dr. Shahrin Mohammad.

Wakil Pengarah Pendidikan Johor, Sallina Hussain, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan wakil MDEC,  Johan Termizi, Pengurus, Educator Readiness, Talent & Digital Entrepreneurship Division  dan pengarah UTM XCITE, Prof Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan turut hadir.

Prof. Madya Dr. Mohd Zaidi menyampaikan ucapan aluan.

Prof. Madya Dr. Mohd Zaidi memaklumkan bahawa “UTM melalui UTM XCITE telah diberi mandat oleh MDEC bagi meneruskan lagi pelaksanaan program Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer bagi tahun 2018 ini. Selain itu, UTM XCITE juga telah diberi mandat untuk melaksanakan Bengkel Micro-controller bagi Jurulatih Utama KPM yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang juga akan diadakan pada bulan Mei 2018 akan datang.”

Explore More