April 27, 2024

Search
Close this search box.

MPPUTM sumbang RM50,000 kepada universiti

JOHOR BAHRU, 15 Mei 2018 – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM) telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada universiti bagi pelbagai tujuan yang memberikan manfaat kepada penuntut dan kakitangan.

Muhammad Ikhmal (empat kiri) menyerahkan sumbangan kepada Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar (dua kiri) di Majlis Perhimpunan Bulanan Staf yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, kampus Johor Bahru.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi hasil  penganjuran Festival Konvokesyen (FESKO) ke-59 pada bulan Oktober 2017.

Presiden MPPUTM, Muhammad Ikhmal Borhan berkata, antara penerima sumbangan tersebut adalah Pusat Islam (RM8,000.00), Zakat UTM (RM5,000.00), Wakaf UTM (RM 7,000.00), Endowmen (RM10,000.00), Sekolah Agama UTM (RM10,000.00) dan Majlis Pengetua Kolej (RM10,000.00).

“Sumbangan ke Majlis Pengetua Kolej akan disalurkan melalui kolej kediaman dalam UTM dengan setiap satunya bakal memperolehi RM 1,000.00,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Universiti di Dewan Sultan Iskandar.

Sumbangan diterima oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zainuddin Abdul Manan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus.

Muhammad Ikhmal berkata, MPMUTM dijangka akan menganjurkan Fesko UTM ke-61 pada Oktober 2018 dan pihaknya akan terus mmberi sumbangan sebagaimana yang telah dilakukan.

 

 

 

 

 

 

Explore More