November 23, 2024

Search
Close this search box.

Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2.0

Kratie, Kemboja 5 April: Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2.0 kembali meneruskan kesinambunganya menerusi siri jelajahnya yang kedua di sebuah perkampungan di Timur Laut Kemboja di Kampung Senchai, Kratie Kemboja. Seramai 29 orang pelajar iaitu 26 orang pelajar tahun 4 SPPQ (Binaan Bangunan ) Fakulti Pendidikan dan 3 orang pelajar dari Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis telah bergabung menjalankan International Servis Learning yang berlangsung selama 7 hari bermula 30 Mac sehingga 5 April 2018. Program ini merupakan projek bagi kursus SPPP 4052 Sosiologi dan Profesionalisme dibawah bimbingan Encik Shahrin Hashim selaku penasihat program. Program ini membawa mahasiswa keluar  dari zon selesa dan memberikan pengalaman untuk melakukan pemindahan pengetahuan ( knowledge transfer) serta menjadi satu platform untuk membantu komuniti  ASEAN.

Program ini menekankan pembangunan lestari yang melibatkan pembangunan sosio ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan kesihatan. Mahasiswa menggunakan konsep ‘transfer of knowledge’ dengan melakukan beberapa sub projek yang memberikan impak tinggi kepada komuniti tempatan. Antara sub projeknya ialah Profiling keluarga untuk mendapatkan data keluarga di kawasan kampung tersebut dengan lebih terperinci, membina telaga berinovasi , projek verticulture serta demonstrasi pengusahaan industri kecil sederhana (IKS) bersama penduduk kampung.

Menurut Ibrahim 45 tahun, seorang petani “Program ini adalah amat penting kerana bukan sahaja  penduduk kampung menerima sumbangan wakaf telaga dan tandas dari orang awam di Malaysia, namun yang lebih penting dapat melestarikan kampung ini dengan perubahan yang dibawa oleh mahasiswa UTM dari segi ekonomi, social, pendidikan, kesihatan dan persekitaran”

“Pendedahan mengenai pengusahaan IKS seperti membuat kerepek pisang dan ubi dapat membuka mata penduduk kampung mengenai kegunaan bahan mentah yang banyak di kampung ini.” katanya ketika berucap di Majlis Penutup KLKK 2.0, di perkampungan di Kratie, Kemboja pada khamis lalu.

Menerusi KLKK 2.0 ini juga dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM (PKU), seramai 38 orang kanak-kanak dan remaja telah dikhatankan oleh pihak PKU yang diketuai oleh Dr Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti UTM. Selain itu, program ini juga menjadi platform perhubungan orang awam yang ingin memberi sumbangan barangan seperti pakaian serta wakaf telaga dan tandas kepada penduduk kampung disini . PKU UTM juga turun melawat sendiri  2 orang pesakit tua yang uzur  dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dan nasihat secara terus ke rumah pesakit tersebut. Sukar digambarkan ekspresi wajah ahli keluarga pesakit tersebut yang sangat terharu dan gembira atas kunjungan pihak PKU UTM yang mengambil berat akan isu kesihatan keluarga mereka.

Sepanjang program ini berlangsung, mahasiswa UTM juga telah bertemu dengan  dua orang remaja tempatan berumur 13 tahun yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan lancar. Mereka juga merupakan tulang belakang program ini dengan menjadi penterjemah kepada mahasiswa sepanjang proses melaksanakan demografi profil  di kampung ini. Selain itu, mahasiswa juga telah menemui seorang wanita tempatan yang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris namun terkandas dalam kesempitan hidup, tiada peluang pekerjaan di perkampungan ini dan kini hanya menjadi surirumah. Individu seperti ini perlu diperketengahkan lagi agar kelebihan yang mereka ada dapat menjadi potensi untuk terus maju kehadapan.

Ringkasnya program seumpama ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan modal insan masyarakat tempatan supaya ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka ada menjadi lebih kreatif, inovatif dan global bagi terus maju kehadapan disamping membangunankan potensi diri mahasiswa yang terlibat untuk lebih berdaya saing bukan sahaja dari segi komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif dan kritis malah sentiasa bersatu bekerjasama menjayakan program ini dengan baik.

 

Explore More