PASUKAN Sepaktakraw UTM telah melakar kejayaan kedua apabila muncul sebagai Johan di Kejohanan Sepaktakraw Veteran Tertutup Negeri Johor di Tangkak, Johor.

Team UTM C yang diwakili oleh Ismail Osman, Jamil Ahmad, Yakub Toha dan Baktiar Kadir telah mengalahkan team UTM E yang diwakili oleh Norali Abdullah, Halimi Ismail, Syokri Abd Majid dan Raziman Othman dengan kiraan mata 21-18; 19-21 dan 22-20.

Kemenangan itu adalah yang kedua pada bulan ini selepas Team UTM memenangi Piala Menteri Besar Johor pada 16-18 Mac lalu.

Pengurus pasukan Takraw UTM, Prof Madya Dr Kamarudin Kasim berkata, penyertaan di kejohanan itu adalah sebagai persiapan awal pasukan takraw UTM untuk Kejohanan Sukan Staf Universiti Awam yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang pada bulan Ogos nanti.

Dr Kamarudin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kesatuan Kakitangan Am dan Kelab Pembantu Operasi, UTM di atas sumbangan kewangan kepada pasukan Takraw UTM bertanding ke kejohanan berkenaan.