Datuk Mohamed Khaled merima resolusi daripada Professor Datuk Ir Dr Wahid Omar.

JOHOR BAHRU, 26 Mac 2018 – Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin merasmikan Karnival Johor Berkemajuan 2018 yang diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Karnival yang dianjurkan oleh UTM bertujuan mendapat pandangan daripa pakar-pakar akademik, penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berkaitan untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar Aspirasi Gagasan Johor Berkemajuan.

Gagasan Johor Berkemajuan yang diilhamkan oleh Datuk Mohamed Khaled menggariskan 10 aspirasi iaitu Johor Kuasa Ekonomi Selatan, Johor Connectivity, Perumahan Johor, Johor Lestari, Johor Berkemahiran, Johor Islami, Johor Selamat, Johor Prihatin, Keusahawanan Johor dan Johor Berbudaya.

Menteri Besar melihat pameran Khazanah Intelektual Johor dan melancarkan buku Exploring the Cultural Landscape of Johor

Gagasan tersebut dicetuskan sebagai instrumen dan mekanisme bagi mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Negeri Johor yang inklusif dan hasrat kerajaan negeri untuk melonjakkan Johor sebagai kuasa ekonomi di rantau ini.

Selepas menerima resolusi berkenaan daripada Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar, Menteri Besar berkenan merasmikan pameran Khazanah Intelektual Johor dan melancarkan buku Exploring the Cultural Landscape of Johor.

Sementara itu, pada sebelah pagi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Haji Md Jais Sarday menyampaikan ceramah bertajuk Sorotan Ke Arah Johor Berkemajuan dan diikuti Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTM Profesor Dr Shahir Samsir Omar bertajuk Inovasi Johor.