April 25, 2024

Search
Close this search box.

FKA dijemput jayakan MyBNHome Fasa ke-2

JOHOR BAHRU, 28 Januari 2018 – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) sekali lagi dijemput untuk menjayakan Projek Perintis Program My Beautiful New Home (MyBNHome) fasa kedua di Perkampungan Orang Asli Slim River, Perak pada 19 hingga 25 Januari lalu.

Jemputan itu berikutan kejayaan mereka melaksanakan projek yang sama diadakan pada disember 2017.

Program tanggungjawab sosial Universiti (USR) itu melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membantu menyiapkan rumah kos rendah di perkampungan Orang Asli.

Seramai 32 orang pelajar dan tujuh orang staf telah terlibat dalam projek berkenaan.

Program MyBNHome adalah di bawah perancangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dan Kementerian Kewangan Malaysia, MyIB Sdn Bhd dan Hadi Legacy.

Pelajar dan staf yang terlibat berpeluang secara langsung untuk menimba pengalaman dalam teknologi pembinaan mesra alam, bekerjasama dalam pasukan, dan memupuk ciri kepimpinan. Di samping itu, mereka turut berpeluang untuk mendalami cara hidup masyarakat setempat. 

 

Explore More