November 19, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 29 November 2017 – Pasukan Eco-Home dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul juara pertandingan National Eco-Construction Competition 2017 (NECO’17) yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar (DSI).

Pasukan Eco-Home bersama Profesor Dr Zainuddin mempamerkan  hadiah yang dimenangi.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 diikuti oleh kumpulan dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UtAR) di tempat kedua yang membawa pulang wang tunai RM7,000 dan pasukan dari Universiti Malaya (UM) di tempat ketiga (RM5,000.00).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof. Dr. Zainudin Abdul Manan berkata, matlamat utama penganjuran program NECO’17 itu bertujuan memberikan pendedahan berkaitan idea pembinaan secara mampan di samping mengekalkan keseimbangan elemen lestari.

“Para peserta perlu menampilkan bentuk pembinaan yang mengintegrasikan aspek penjimatan tenaga, mampu milik dan selesa untuk diduduki bagi kategori bawah RM 250,000.00.

“Proses penilaian dijalankan dengan mengambil kira ‘Malaysian Carbon Reduction & Envoronmental Sustainability Tool (MyCREST),” katanya.

Program yang telah berlangsung selama tiga hari itu bermula pada 27 November 2017 telah menerima lebih 100 penyertaan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara tetapi hanya 20 kumpulan terbaik yang dipilih ke peringkat akhir.

Peserta yang menang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi Pertandingan Solar Decathlon yang akan berlangsung di Dubai.

 

Explore More