November 26, 2024

Search
Close this search box.

Kakitangan Perbadanan Putrajaya tinjau Sistem Fertigasi UTM

JOHOR BAHRU, 12 November 2017 – Seramai 12 orang kakitangan Perbadanan Putrajaya mengadakan melawat ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Dr. Shukri membawa pelawat meninjau projek fertigasi.

Lawatan berkenaan bertujuan meninjau kepakaran UTM dalam membangunkan Sistem Fertigasi Jimat Air yang boleh dimanfaatkan oleh perbadanan itu.

Ketua Delegasi Pelawat, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Taman dan Rekreasi, Jabatan Lanskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, LAr. Zaida Mohd Nordin berkata, pihaknya amat tertarik dengan kaedah penjimatan air di dalam pengoperasian sistem fertigasi yang dibangunkan oleh penyelidik dari FKE.

Deligasi dari Perbadanan Putrajaya di hadapan pusat fertigasi di tapak Semaian Agro Tani.

“Kami amat tertarik dengan inovasi Sistem Fertigasi UTM yang menjimatkan penggunaan air dalam penyiraman pokok di samping penggunaan robot untuk menyiram, merekodkan suhu tanaman serta mengambil gambar bagi tujuan pemantauan.

“Kaedah ini merupakan yang pertama di Malaysia dan mungkin kami boleh memperolehi faedah darinya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menggunakan kaedah fertigasi yang hampir sama iaitu penyemburan campuran air dan baja organik secara berkala tetapi masih kekurangan dalam aspek teknikal seperti penggunaan komputer dalam mengesan suhu tanah dan penggunaan robot untuk memantau tanaman.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sistem Fertigasi Jimat Air UTM di tapak semaian AgroTani UTM.

Sebelum itu, delegasi berkenaan diberikan taklimat mengenai hasil inovasi oleh Ketua Penyelidik Projek Fertigasi Jimat Air UTM, Dr. Shukri Zainalabidin.

Explore More