April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM penganjur bersama Water Leader Forum 2017

JOHOR BAHRU, 3 Oktober 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  menerusi Pusat Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) menjadi penganjur bersama Water Leader Forum 2017 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin, semalam.

Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyampaikan cenderamata kepada salah seorang pembentang.

Forum berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi memperkasa pengetahuan dan kepakaran pengurusan sumber air melalui perkongsian dan pemindahan ilmu dengan pakar-pakar tempatan dan antarabangsa.

Antara yang dijemput untuk menyampaikan ucaputama bertajuk Recipe for Water Management Successes in Singapore ialah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Selain itu pensyarah dari Seoul National University, Korea, Profesor Dr Mooyoung Han menyampaikan pembentangan bertajuk Success Story of Rainwater Harvesting in Star City, Korea, Dr Kataro Takemura dari Japan Water Forum – Success Story of Groundwater Utilization in Kumamoto, Japan, Direktor Utama Jasa Tirta 1, Raymond Valiant Ruritan – Success Story of IRBM in Kali Batam, Indonesia dan Ketua Pegawai eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad, Datuk Ir hj Mohd Khalid Nasir – Challenging in Water Supply Industry Reform in Malaysia.

Seramai 100 peserta menghadiri forum yang berlangsung selama dua hari itu.

Explore More