April 20, 2024

Search
Close this search box.

Lapan mahasiswa UTM sertai GOP ke Perancis

JOHOR BAHRU, 19 Oktober 2017 – Prof Dr. Normah Mohd Ghazali dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) mengetuai delegasi seramai lapan orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Program Mobiliti Pelajar di Institute Universite Technologie (IUT) Saint-Malo di Perancis mulai 15 hingga 20 October.

Mahasiswa UTM menjalankan ujkaji di IUT.

Beliau bersama enam mahasiswa dari FKM dan dua dari UTM Razak School, Kuala Lumpur menyertai seminar pembentangan hasil kajian, program ujikaji makmal, lawatan ke tiga buah industri tempatan iaitu di Laterie de Saint-Malo, Sill Enterprise dan Pole Crystal.

Turut serta Prof. Madya Dr Robiah Ahmad dari UTM Razak School.

Malaysian French Embassy membiayai sejumlah 1,300 Euros sementara IUT membiayai 1,861 Euros dan perbelanjaan selebihnya ditanggung pelajar.

Prof. Dr Normah Dr Robiah bersma rakan sejawat di IUT.

Kerjasama berkenaan telah diadakan sejak tahun 2010 bermula dengan pertemuan Prof Thierry Mare dan Prof Dr. Normah Mohd Ghazali di persidangan antarabangsa pada tahun  2002.

Sejak 2010 beberapa pelajar IUT telah dihantar untuk menjalani latihan praktik selama 12 minggu di UTM.

Explore More