Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Pusat Islam anjur ceramah “Air Mata Rohingya”

JOHOR BAHRU,  28 September 2017 – Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan ceramah “Air Mata Rohingya” bagi memberikan pendedahan sebenar mengenai malapetaka ciptaan manusia yang menimpa etnik Rohingya Myanmar.

Prof. Wahid menerima cenderahati dari Zairulshahfuddin selepas meyampaikan ceramah di Dewan Senat,.

Ceramah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin Zainal Abidin di Dewan Senat yang turut dihadiri oleh  Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Pro-Naib Canselor (Strategi), Prof. Dr. Shahrin Mohammad dan Pengarah Pusat Islam UTM, Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam.

Ketua Bahagian Penganjuran Program IRM, Kamarul Halim Sakrani berkata, matlamat utama penganjuran sesi ceramah berkenaan adalah bagi memberikan gambaran sebenar situasi semasa yang dialami oleh etnik Rohingya di Myanmar.

Menurutnya, hadirin juga didedahkan mengenai latar belakang, sejarah serta pencapaian etnik berkenaan di Myanmar.

“Kami mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi kami kepada komuniti UTM memandangkan ini adalah kali pertama kami berada di sini dan kunjungan ini sebagai satu permulaan positif untuk menjalankan kerjasama strategik pada masa yang akan datang.

“Kami amat terbuka bagi sebarang bentuk kerjasama yang bakal dilakukan susulan dari lawatan ini termasuklah penglibatan sukarelawan UTM dalam misi kemanusiaan etnik Rohingya,” katanya.

Islamic Relief merupakan sebuah organisasi bebas berasaskan kemanusiaan dan pembangunan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar lepasan ijazah yang perihatin di United Kingdom pada tahun 1984.

Pertubuhan itu aktif di lebih 40 buah negara di seluruh dunia yang bertujuan menjadikan dunia lebih prihatin dan adil kepada golongan yang masih dihimpit kemiskinan.

 

 

Explore More