April 24, 2024

Search
Close this search box.

UTM hantar 185 atlet sertai Karnival MASUM 2017

JOHOR BAHRU, 11 Julai 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menghantar seramai 185 atlet bagi menyertai Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Awam Malaysia (MASUM) 2017.

Prof. Nordin menyerah bendera UTM kepada Armadi.

Temasya yang bakal berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu akan diadakan dalam dua fasa iaitu 8 hingga15 Julai 2017 dan 15 hingga 21 Julai 2017.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Prof. Dr. Noordin Mohd Yusof berkata, seramai 113 orang atlet, sembilan jurulatih dan empat pegawai akan terlibat pada fasa pertama.

“Bagi fasa pertama, kita akan menyertai sembilan acara iaitu bola keranjang (Lelaki/Wanita), ragbi (Lelaki), bola tampar (Lelaki), tenpin bowling (L), taekwando (Lelaki/Wanita), basikal, renang (Lelaki), olahraga (Lelaki/Wanita) dan juga karate (Lelaki/Wanita),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen UTM bagi fasa pertama, Armadi Ahmad di Dataran Gemilang, Kolej 10 bagi mewakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof. Dr. Zainuddin Abd. Manan.

“Bagi fasa kedua seramai 82 orang akan terlibat yang terdiri daripada 72 atlet, enam jurulatih dan empat pegawai untuk bertanding dalam acara bola baling (Lelaki/Wanita), bola jaring (Lelaki/Wanita), lawn ball (Lelaki/Wanita), tenis (Lelaki), memanah (Lelaki/Wanita) dan catur (Lelaki),” katanya.

Beliau mengingatkan atlet supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai mensasarkan lima emas, sembilan perak dan 13 gangsa bagi menaikkan imej dan nama UTM.

Bagi fasa kedua, kontinjen UTM akan diketuai oleh Ainul Jamilus Ahmad.

 

 

 

 

 

Explore More