Kuala Lumpur 31 Mei 2016 : Seramai 644 pelajar baharu Program Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kuala Lumpur mendaftar bagi sesi Akademik 2017/2018 di Kolej Siswa Jaya.

Pelajar baru beratur mengambil makanan untuk berbuka puasa.

Pelbagai pengisian sempena Program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) telah disusun bagi  membantu  mahasiswa baharu mengharungi kehidupan di kampus dan dunia akademik pengajian tinggi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz  telah  merasmikan Program 3M dalam Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni dan Bacaan Ikrar.

Bersempena bulan Ramadan, turut diadakan Program Ramah Mesra & Iftar bersama Pengurusan Tertinggi UTM dan juga bersama Pro Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) Profesor Dr Durrishah Idrus.

Pelajar bukan Islam turut sama menikmati makanan yang disediakan semasa berbuka puasa.

Minggu Mesra Mahasiswa ini berakhir dengan Majlis Dialog Transformasi Nasional (TN50) oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Razali Hj. Ibrahim.