UTM, SWCorp jalin kerjasama penyelidikan pengurusan sisa pepejal

JOHOR BAHRU, 25 Mei 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima anugerah khas dan pengiktirafan “Top 5” Universiti Awam (UA) di Malaysia yang berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam penglibatan “Kelestarian Kampus Hijau Universiti Awam Malaysia 2017”.

Naib Canselor Prof. Datuk. Ir Dr. Wahid Omar menerima replika cek yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa kepada Naib Canselor Prof. Datuk. Ir Dr. Wahid Omar di Konvensyen Kampus Hijau di Universiti Putra (UPM), hari ini.

Anugerah diberikan bagi menghargai UA di Malaysia yang sedang giat melaksanakan inisiatif kelestarian.

Di majlis yang sama, UTM dan SWCorp menandatangani perjanjian persefahaman untuk mewujudkan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan latihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Perjanjian itu ditandatangan oleh Prof. Datuk. Ir Dr. Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed untuk mewujudkan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan latihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.