JOHOR BAHRU, 12 Mei 2017 – Persatuan Mahasiswa Sains Komputer Universiti Teknologi Malaysia (PERSAKA) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) menganjurkan Larian Amal ‘Run For Unity’ untuk membantu pesakit buah pinggang.
Seramai 1,682 peserta mengambil bahagian dalam larian sejauh lima kilometer yang dirasmikan oleh Penasihat PERSAKA, Dr. Mazura Mad Din di Dataran UTM.
Larian itu ditaja oleh Ultron, Blackfeather Global, Gardenia, 100 Plus, Vomos dan F&N.