April 25, 2024

Search
Close this search box.

Mohd Fadhli terima Biasiswa Yang Di-Pertua Agong

JOHOR BAHRU, 10 Mei 2017 – Mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mohd Fadhli Abd Rashid dipilih sebagai penerima  Biasiswa Yang Di-Pertua Agong sesi 2017/2018.

Mohd Fadhli.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian secara fastrack bidang Groundwater dengan tajuk Migration Of Non-Aqueous Phase Liquid On Non-Isothermal Double Porosity Under Vibration Effect, bermula Februari 2017 adalah calon Skim Latihan Akademik Muda (SLAM – UTM).

Mohd Fadhli dilahirkan pada 22 Mac 1994 di Papar Sabah, merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik. Bapanya adalah pesara kerajaan manakala ibunya telah kembali ke meninggal dunia pada 2016.

Mohd Fadhli seorang mahasiswa yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum bergambar di puncak Gunung Kerinci.

Beliau memulakan pengajian menengah rendah di SMK Majakir Papar seterusnya ke sekolah menengah atas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tawau dan MRSM Kota Kinabalu.

Berikutan kecemrelangan dalam akademik, Mohd Fadhli mendapat tawaran Skim Pelajar Cemerlang (SPC) anjuran MARA untuk meneruskan pembelajaran menerusi program Ekspress Mara pada Disember 2011 hingga Julai 2012 di UTM.

Beliau menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UTM mulai September 2012 hingga Ogos 2016 dengan memperolehi keputusan kelas pertama.

Sepanjang pengajian ijazah di UTM Mohd Fadhli telah menyertai beberapa program yang dianjurkan di luar negara, antaranya sebagai peserta Adventure Mount Rinjani, Lombok 2013, Adventure Mount Kerinchi, Indonesia 2014, Creativity Station Bali 2014, Introducing and Demonstarting Earhquake Engineering Research in Schools 2015(IDEERS)  di Taipei, Taiwan, Ketua Anugerah Quake-resistant dan Excellent for Efficiency Ratio dan Pengurus Projek Earthquake Engineering Research Institute (EERI 2016) di San Francisco, Amerika Syarikat.

Manakala aktiviti dalam negara, beliau menjadi peserta lelaki terbaik Program Pembentukan Jawatankuasa Mahasiswa KTHO 2013, Timbalan Pengarah Run For Your Heart 4th Edition Programme, 2014, tempat kedua Karnival Sukan Fakulti dalam acara bola tampa) 2014, peserta Adventure Mount Tahan Malaysia, 2014 Eksekutif Pertandingan National Civil Engineering Symposium (NCESS, 2015).

Explore More