April 23, 2024

Search
Close this search box.

FGHT kerjasama anjur Seminar Marine Spatial Planning

KOTA KINABALU, 8 Mei 2017 –  Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  Sabah, dan World Wildlife Fund Malaysia menganjurkan Seminar Marine Spatial Planning, di sini hari ini.

Seminar berkenaan berkaitan kelestarian pentadbiran dan pengurusan kawasan marin, terutama di daerah Semporna dan kawasan marin negeri Sabah.

Pihak FGHT UTM berperanan sebagai pengerusi seminar dan membentangkan tiga kertas kerja berkaitan kelestarian pengurusan kawasan  marin.

FGHT melalui kerjasama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia membentangkan kertas kerja yang berkaitan.

Seminar itu dihadiri oleh kira-kira 200 peserta dari pelbagai agensi kerajaan pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menerusi seminar tersebut, kerajaan negeri Sabah amat memerlukan kerjasama dari UTM bagi merealisasikan pelan perancangan spatial kawasan marin di daerah Semporna dan marin di negeri Sabah.

Kerjasama itu akan diteruskan oleh pihak FGHT.

Explore More