April 25, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Pendidikan UTM Anjur Program Komuniti Berimpak Tinggi

JOHOR BAHRU 29 Mei 2017 – Seramai enam orang pensyarah dan 90 orang pelajar Fakulti Pendidikan (FP), Fakulti Alam Bina (FAB) dan Kelab Astronomi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terlibat dalam Program Ekspresi Negaraku Johor Bersih 2.0.

Dr Zaini menerima cenderamata selepas merasmikan program.

Program tersebut telah diadakan di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Johor pada 19 dan 20 Mei lalu.

Program itu diilham dan dicetuskan oleh inisiatif Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti dan Jaringan Fakulti Pendidikan UTM melalui subjek Bina Insan Guru (BIG) dengan menggunakan pendekatan kolaborasi strategik dalam gagasan National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Antara rakan strategik utama yang turut menjayakan program itu ialah FAB UTM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sukarelawan Darul Ta’zim, JKK Kg Sungai Melayu serta lebih daripada 30 buah agensi dan jabatan kerajaan, NGO serta beberapa syarikat swasta yang lain.

Perarakan bot diadakan bagi memeriahkan sambutan.

Matlamat program tersebut adalah untuk mendidik sukarelawan dan orang ramai memelihara dan menghargai alam sekitar dalam keadaan semula jadi.

Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dalam aktiviti permuafakatan bangsa johor, menyemarak semangat patriotisme dan mensyukuri nikmat negara harmoni.

Program itu sekaligus dapat mempromosi Kampung Sungai Melayu sebagai Kampung Warisan Johor serta destinasi pelancongan eko dan pelancongan desa yang terunggul di Johor.

Program itu juga merupakan satu program komuniti berimpak tinggi yang diterjemahkan menerusi penggunaan kaedah pembelajaran Service Learning dalam gagasan  Inovasi Pembelajaran Akademia Baru (NALI) UTM.

Selain itu, program berkenaan bukan sahaja menghasilkan pembelajaran bermakna kepada pelajar UTM dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap malah menterjemahkan gagasan Muafakat Johor yang sentiasa membawa kata hikmat bahawa “Muafakat itu Berkat” menerusi aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan.

Program itu juga melibatkan 93 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah dan kolej IPTS di sekitar Johor Bahru dan Nusajaya. Aktiviti berkaitan berjaya membina karakter bangsa Johor yang sentiasa bermuafakat yang diterjemahkan menerusi program perkhemahan muafakat sukarelawan Johor Darul Ta’zim, menanam seribu pokok bunga raya, aktiviti mencerap bintang, ops bersih sungai, gotong royong 5K, sukan air dan sukan rakyat , menceriakan sk sg melayu serta banyak lagi.

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan sekaligus memartabatkan UTM sebagai universiti awam yang sentiasa inovatif, entreprenurial dan global.

 

Explore More