April 26, 2024

Search
Close this search box.

Empat pelajar FKE raih pingat perak di InIIC 2017

JOHOR BAHRU, 8 Mei 2017 – Empat pelajar prasiswazah Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah mendapat pingat perak dalam International Invention and Innovative Competition (InIIC) 2017 yang telah diadakan pada 6 Mei lalu di Kuala Lumpur.

Pelajar UTM menunjukkan inovasi ciptaan mereka.

Dalam pertandingan inovasi yang bertemakan Creative Innovation Without Boundaries itu, empat pelajar berkenaan telah menghasilkan produk bertajuk IoT Based Remote Monitoring Broiler House Condition untuk mengesan suhu dan kelembapan udara dalam pusat penternakan ayam.

Inovasi yang dihasilkan sangat diperlukan oleh pengusaha ternakan ayam kerana kadar suhu sangat penting bagi memasti tahap kesihatan ayam yang diternakan berada dalam keadaan baik bagi menjamin produktiviti yang tinggi.

Keempat pelajar tersebut iaitu Tan Pei Seng, Tay Yee Yang, Goh Kai Woon dan Hor Xian Feng adalah penuntut Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik) mendapat idea untuk mencipta inovasi berkenaan selepas membuat lawatan ke salah sebuah pusat ternakan ayam.

Produk yang dihasilkan dan penyertaan mereka telah mendapat kerjasama dari Pusat Inovasi Mahasiswa dan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM.

Explore More