Bahagian Keselamatan UTM bantu SK Sri Skudai bina Rumah Cili

JOHOR BAHRU, 22 Mei 2017 – Projek pembinaan Rumah Cili Inovasi Easy Pot Projek Mega Sekolah Kebangsaan Sri Skudai telah berjaya dilaksanakan oleh staf Bahagian Keselamatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Program University Social Responsibility (USR) bagi tahun 2017.

Abd Rahim dan Hajah Rosmawati memotong riben merasmikan Rumah Cili.

Sebanyak 100 pokok benih cili telah disumbangkan oleh Pusat Kursus Ko-kurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL) UTM bagi menyokong program inovasi yang dijalankan oleh SK Sri Skudai.

Projek pembinaan itu dimulakan pada awal April dan selesai pada 5 Mei 2017 telah dirasmikan oleh Pengarah Keselamatan UTM Mej (B) Abd Rahim Abd Karim mewakili Pendaftar, Dato’ Wan Mohd Zawawi Bin Wan Abd. Rahman.

Yang turut hadir Guru Besar SK Sri Skudai Hjh Rosmawati Mohamed.

Rumah Cili

Di samping itu, sekolah berkenaan yang menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 10 tahun 2017 akan mengadakan program ‘Team Building’ yang bakal dilaksanakan di UTM dengan menggunakan khidmat staf Bahagian Keselamatan.

Kerjasama itu dilaksanakan melalui program untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan  Sri Skudai sebagai ‘Sekolah Angkat’ Pejabat Pendaftar UTM.